Laporan Polis Dari Seekor Kera. Lama benar tak buat entri sebegini, so kali ini saya tampilkan entri release stress dengan sebuah kisah fantasi berkaitan seekor monyet yang membuat laporan polis. Baca cerita dengan berhat-hati, dan fahamkan apa yang cuba disampaikan. Lawak memamg lawak, tapi ia bermesej.

Oh ya, seperti saya katakan ... cerita ini adalah fantasi dan rekaan semata-mata, tidak ada kaitan dengan mana-mana individu mahupun kera yang dimaksudkan. Gambar juga adalah sekadar hiasan ... huhuhu... 

Laporan Polis Oleh Seekor Kera

Laporan Polis Dari Seekor Kera
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua, seorang wanita tua dan dua orang anak kecil. Mereka luka parah tak berdaya. Hanya seekor kera yang merupakan binatang peliharaan keluarga masih sihat tanpa sedikit luka pun di badan.

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu, lalu dia memutuskan untuk menyoal saja si kera untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut. (Erkk leh lak si monyet ni faham ehhh ... hehehehe)

Polis: "Wahai kera.... apa yang terjadi sebenarnya?"

Si kera kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis: "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si kera menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.

Polis: "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu... . dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"

Si kera menirukan posisi orang tidur, kemudian bergerak-gerak seperti orang sedang bertengkar.

"Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak-anaknya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa kera?"

Dan... si kera kemudian menirukan gaya memandu.

Adehhhh ....

Pengajaran dari kisah ini?
  1. Jangan memandu ketika mabuk
  2. Berhemah ketika berada di dalam kereta
  3. Jangan bagi 'kera' memandu kereta
Banyak rakyat Malaysia yang memandu seperti kera .. masuk je atas jalan, terus hilang sifat manusia. Jangan gadaikan nyawa orang lain, hanya kerana anda mahu menunjukkan bahawa anda hebat di atas jalan ... sayangi nyawa keluarga anda, dan hormatilah pengguna jalanraya yang lain.


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement