Kebanyakkan orang menyifatkan golongan lelaki bersifat egois. Mereka je selalu nak menang, dan apa-apa pendapat perlu memihak kepada mereka. Tak ramai lelaki terutama lelaki yang mempunyai kelebihan tertentu yang ada sifat mengalah dan bersabar. Saya sendiri mengakui sebagai lelaki, banyak perkara yang apabila dibawa berbincang dengan perempuan, result akhir perlu memihak kepada lelaki, hatta pendapat perempuan tersebut 99.9 peratus adalah benar.
9 Perangai Pelik Lelaki Yang Perempuan Sukar Nak Faham
- Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
- Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
- Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
- Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
- Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
- Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.
- Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
- Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
- Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
[Baca] Tips dan Cara Memikat Lelaki oleh Dr. H.M Tuah Iskandar
Moga artikel ini ada manfaatnya. Mungkin pada sesetengah ia tidak relevan, tetapi buat sesetengah yang lain, ia mungkin satu cara untuk kenali lelaki yang mereka sayangi dan cintai.
betol...sy ada jumpa dua orang lelaki cmni..stress...
ReplyDeleteJumpa jer pun. ape nak stress
Deletelagi dasat...lelaki jenis ini lelaki yang meyusahkan hidup wanita.... dia adalah lelaki yang penuh dengan PERAHSANTAN....tol kan... sebab penah kena sekali time kat U dulu...da la jurujual pakej bahasa inggeris..duk kat depan library.. di katanya saya ni terpikat kat dia yang muka ala2 jhonny english.. bengang.. dah saya ni memang kaki library..memey la selalu lalu depan library...rasa nak luku jer mamat tuh...hish...
ReplyDeleteBetul. Kadang-kadang x faham dengan diorang nih. Hehehe.
ReplyDeletelama-lama perempuan malas nak layan diamkan..perhatikan sahaja...huhu..
ReplyDeletehahaha..tergelak saya baca..tapi ramai sebenarnya yang macam tu..malas nak kasitau je..hihihi
ReplyDeletentah tak paham betoi laa.. dia buat boleh, kita buat tak boleh plak.. kita diam suruh cakap, bila cakap suruh diam.. dan macam2 lagi laa.. kekadang boleh mengundang kemarahan dan geram..
ReplyDeletepoint ni bley tuju balik kat penulis...biar tepat kena batang hidung...perasan bagus melabel batas dan sempadan perangai tergantung pada jantina...jangan jadi bebal...itukan dari sikap diri sendiri...semua point konfem ade kat penulis pasal penulis bersangka bagus dan cuba menjatuhkan kaum adam...jangan nak label semuanya sama....
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.