Saya penggemar nasi lemak, begitu juga dengan anak-anak saya. Saya fikir, bagaimana kalau saya buat percubaan untuk membuat nasi lemak sendiri. Kata orang, lebih berkat anak-anak dapat makan daripada air tangan kedua ibu bapanya .. jadi, saya kena usaha untuk praktikkan. Isteri saya memang dah pandai, cuma saya je belum lagi pernah buat attempt untuk masak nasi lemak untuk anak-anak.

Jadi, di suatu hari di waktu ketiadaan isteri saya .. maka saya pun buatlah percubaan untuk masak nasi lemak sendiri. Ada orang beritahu saya .. untuk hasilkan nasi lemak yang sedap, paling penting ialah sambalnya. Tapi untuk kes saya, saya memang dah hebat buat sambal tumis yang sedap lagi menyelerakan ... hahaha... anda sendiri boleh cuba teknik resepi saya tu di sini - Rahsia Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap

Percubaan Masak Nasi Lemak Dari Seorang House Husband

Kekangan saya ialah bagaimana nak hasilkan nasi yang berlemak ... itu cabaran saya. Seumur hidup .. tak pernah lagi masak nasi lemak sendiri, dan seumur hidup saya .. saya tak pernah tahu pun cara nak hasilkan nasi lemak. Tapi, alhamdulillah, berkat mengintai isteri saya di dapur, dapat juga sedikit sebanyak pengetahuan untuk masak nasi untuk nasi lemak yang menjadi favourite rakyat Malaysia.
Percubaan Masak Naik Lemak Dari Seorang House Husband
Untuk memasak nasi lemak, paling penting ialah beras yang digunakan. Kalau beras terlalu berkanji, ia akan menyebabkan nasi lemak agak lembik dan melekit. Ia akan menjejaskan rasa nasi lemak itu secara keseluruhan. Nasi juga tidak boleh terlalu berlemak, kerana ia akan cepat membuatkan ia basi dan tidak tahan lama.

Maka, sukatan air dan juga santan sangat penting untuk hasilkan nasi lemak yang sedap, tidak terlalu berkanji, tidak melekit dan lembik ... dan paling penting ia tahan lama. Kalau anda berniaga nasi lemak, anda perlu pastikan nasi lemak yang anda masak dan jual boleh kekal dalam keadaan terbaik dalam tempoh paling tidak 12 jam.

Cara-Caranya ..

Jadi, percubaan saya masak nasi lemak adalah seperti berikut:
  1. Basuh beras untuk 4 orang makan - kira-kira 3 pot/cawan teh
  2. Masukkan air kira-kira setengah inci dari paras beras.
  3. Selepas dibersihkan, masukkan bahan seperti cengkih, bunga lawang, kayu manis dan juga sedikit biji lada hitam. Masukkan juga serai untuk naikkan bau nasi lemak.
  4. Masak seperti biasa, menggunakan periuk nasi elektrik. (Kalau guna periuk atas dapur, kena tambah air)
  5. Kira-kira nasi dah menggelegak, masukkan setengah cawan santan segar dan kacau sehingga sebati.
  6. Tunggu nasi sehingga masak.

Alhamdulillah ... walla .. beginilah rupa nasi lemak yang telah saya siap masak (rujuk gambar bawah). Pes sambal saja diasingkan sebab anak saya ada yang tak makan pedas... huhuhu.
Percubaan Masak Naik Lemak Dari Seorang House Husband
Percubaan Masak Naik Lemak Dari Seorang House Husband

Sedikit Tips

Ok... sedikit petua dan panduan andai nasi lemak tidak seperti yang kita mahukan.
  • Andai nasi agak lembik .. tambah sahaja beras ... basuh dengan bersih, dan masukkan ketika mahu campurkan santan. Kacau sehingga sebati.
  • Jika anda lihat nasi agak keras, jangan masukkan air ... tetapi masukkan santan yang dicairkan dengan air. Masuk secara berdikit-dikit. Kalau butang 'masak' dah naik, tekan semula dan pastikan anda kacau dari semasa ke semasa.

Huhuhu .. orait, harapnya sedikit pengetahuan dari pengalaman ini dapat bantu anda untuk buat nasi lemak sendiri. Untuk info, nasi lemak yang saya buat ini boleh kekal sehingga lebih 12 jam, atau dengan kata lain .. sarapan makan nasi lemak, tengah hari makan nasi lemak, petang/malam pun hadap nasi lemak .. hahaha... tapi dalam portion kecil iaitu satu cawan teh. :)

Semoga berjaya.

p.s: Susah gak nak buat nasi lemak yang sedap dan tahan lama ni ehhh .. hoho

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Boleh datang parit buntar rasa masakan Nasi Lemak yang saya buat ni .. hehehe

      Delete
  2. pandai bro masak nasi lemak. Saya tak pernah cuba lagi. Masak benda lain boleh lagi. Biasa orang rumah aje yang masak nasi lemak.hehe.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Nampak sedap ehh .. belum rasa lagi tu .. hehehe

      Delete
  4. memang untung kalau pandai masak ni. nampak sedap yang tuan masak

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement