Uhh rupanya wujud kedai Sabarudin Tukang Kasut. Aha ... mungkin generasi muda belia sekarang tak tahu pun mengenai Sabarudin Tukang Kasut, kecuali jika dia seorang peminat filem P.Ramlee. Filem Sabarudin Tukang Kasut memang best ... ala-ala arab gitu, dan sedikit sebanyak ada entiti kisah 1001 Malam.

Saya temui kedai Sabarudin Tukang Kasut di Mydin Mall, Parit Buntar. Tapi, sayang sekali ... kedai tu tutup pula. Kalau tengok pada papan tanda kedai, ia dipunyai oleh seorang usahawan OKU. Mungkin lain masa, saya akan ketemu dengan usahawan ini.

Terjumpa Kedai Sabarudin Tukang Kasut

Kepada orang muda yang tak tahu kisah filem Sabarudin Tukang Kasut, boleh tonton filem ini di YouTube, gunakan butang carian di Google. Menarik filem ni, dan memang ada banyak pengajaran dalam filem yang diarahkan oleh P.Ramlee ni pada tahun 1966.

Sedikit sinopsis cerita Sabarudin Tukang Kasut (1966)

Kisah mengenai Sabarudin yang bekerja sebagai Tukang Kasut dan mempunyai isteri yang bermain kayu tiga. Sabarudin seorang yang miskin tapi mempunyai hati yang mulia. Pelbagai liku hidup terpaksa ditempuhi antaranya difitnah sehingga dia dihalau dari kampung halaman dan bertemu dengan seorang rakan lama iaitu Putar Alam Syah.

Di sinilah Sabarudin bertemu dengan Tuan Puteri dan atas nasihat rakannya itu dia telah menggunakan helahnya dengan mengatakan dia adalah seorang putera raja dan berjaya mengahwini Tuan Puteri. Setelah Sabaruddin menjadi menantu raja, dia selalu memberi sedekah kepada fakir miskin seluruh kota dengan menggunakan harta kerajaan. Kejayaan Sabaruddin itu telah mendatangkan rasa iri hati kepada Memanda Menteri sehingga timbul konflik antara dia dan Sabarudin.

Konflik tersebut menyebabkan Sabarudin terdampar jauh di padang pasir. Di sini Sabarudin telah bertemu dengan seorang wali dan diberikan hadiah berupa cincin diatas ketulusan hatinya bersedekah menggunakan harta kerajaan. Setelah pulang ke kota, Sabarudin bertemu dengan Menteri dan berjaya mengalahkannya dan seterusnya mendapatkan kembali Tuan Puteri.

Ok. Menarik? Hehehe.. rasa ada kena mengena dengan keadaan semasa sekarang tak? Ada tak mana-mana yang anda kenal bersedekah dengan menggunakan duit kerajaan yang asalnya datang dari duit rakyat? Huhuhu.... itu sebab saya kata filem ni banyak pengajaran.



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement