Saya ada beberapa rakan yang kerjanya menangkap gambar. Merata pergi sana-sini. Dan apabila pergi event mana-mana mesti akan bawa peralatan tip-top yang mahal-mahal, yang bukan seribu dua punya harga. Tahu-tahulah, barang-barang dan kelengkapan seorang photog ni ribu2 ... bukan skit, kalau pro .. mau sampai ratus ribu. Dengan satu body camera, 1 lens autozoom, 1 lens prime, 1 wide lens, tripod, battery grip ..... boleh cecah dekat RM10,000... itu yang simple sistem la.
14 Tips Keselamatan & Cegah Jenayah Untuk Jurugambar
Bagaimana nak elak? Berikut adalah panduan dan tips ringkas, antaranya:
- Bawa beg kamera disebelah jauh dari jalan.
- Berhati-hati dengan kumpulan orang yang ramai.
- Berhati dengan karektor atau orang yang mencurigakan.
- Cuba cam tempat yang punyai ramai orang; jika anda ingin menangkap gambar di laluan atau lorong-lorong, perhatikan jalan dan laluan untuk lari ke arah orang ramai jika anda diserang.
- Berjalan menyeberang jalan jika anda terserempak dengan kumpulan orang yang mencurigakan; tapi awas jangan sampai derang syak anda cuba menjauhkan diri secara sengaja - kerana takut diserang tanpa diduga.
- Berjalan dalam kumpulan photog.
- Berhati-hati dan take caution dengan bunyi kereta atau motorsikal, perhatikan kenderaan takut2 anda dihampiri dan dirompak dengan mudah.
- Curigakan diri anda dengan mereka yang bermotosikal, memakai kasut larian - bukan sandal, mereka yang bertopi keledar dan pastikan jarak anda.
- Berhati-hati dengan mereka yang cuba memperdayakan anda dengan mengalih perhatian ke bawah - maksud saya ke lantai/jalan, kerana anda terdedah dengan serangan.
- Jika tempat tersebut ada kes jenayah; pastikan anda survey tempat dahulu tanpa bawa camera gear anda.
- Jika boleh, tanggalkan label pada kamera sebab selalunya kamera punyai label yang menyerlah dan ini menarik perhatian penjenayah.
- Pastikan anda menggunakan bag kamera yang berpoket, supaya penjenayah tak boleh nak grab dengan senang.
- Selalu secure camera jika tidak digunakan di dalam bag.
- Jika travel dalam bas atau pengangkutan awam, letak bag anda di depan anda/riba.
Ada banyak lagi tips untuk elak kejadian jenayah seperti ragut dan rompak - khusus untuk para jurugambar. Tips ini boleh anda dapat menerusi forum-forum yang ada berkaitan kerjaya jurugambar dan peminat-peminat jenama kamera tertentu. Kalau anda seorang jurugambar, dan suka ambil gambar; cubalah aktif di forum tersebut, bagus untuk membina karier dan juga meningkatkan penjenamaan.
[Baca] Bagaimana nak jana income sampingan menggunakan kamera?
Saya ketika awal menulis blog, memang aktfi di ruangan forum yang ada kaitan dengan blogger, fotografi, SEO ... dari sana leh dapat banyak ilmu manfaat yang boleh digunakan.
Semoga blog post ini bermanfaat.
Kredit dan sumber: Alphanatics - Self Defense and Safety for Photographer
rasanya berjalan dalam group photog tu memang penting, tapi jgn anggap keadaan itu sudah cukup selamat, masih kena berhati-hati
ReplyDeletethank you
ReplyDeleteTips yang sangat bagus.
ReplyDeleteBanyak panduan bermanfaat untuk photografer dan panduan ini juga boleh digunakan untuk sesiapa juga. Keselamatan harus diutamakan.
ReplyDeletetakut juga kan? yelah..kita dok fokus nak ambil gambar..sedar tak sedar, ada yang dok perhatikan kita dengan niat yang tak baik..
ReplyDeletesemoga dijauhkan dari segala perkara yang tak di ingini..amin
Ada rakan blogger kita dari Thailand kena curi beg dengan kamera kat KL Sentral masa datang event blogger.
DeleteKena berjaga-jaga bila bawa benda ni. Kadang jika ada 'geng curi' tu. Kita letak kejap aje. Pusing belakang dah tak ada. Kena selalu beringat jika nak lebih selamat.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.