Lokasi Amir Chalet yang terletak di muara Sungai Manjung dan Sungai Ayer Tawar memang menjadi lubuk pemancing Siakap sejak beberapa tahun dahulu. Malah, di pekan Kampung Baharu ini ada tugu Ikan Siakap dibina berdekatan dengan jeti. Ia menjadi tanda simbolik bahawa kawasan perairan berdekatan merupakan lubuk ikan Raja Muara ini.
Jika anda mengikut kisah House Husband saya sebelum ini, tentu perasan perkongsian kisah adik ipar yang selalu sahaja mendapat rezeki menaikkan berkilo-kilo ikan Siakap di Amir Chalet ini. Kali ini .. alhamdulillah rezeki Allah S.W.T nak berikan pada saya anak-beranak. Sekali dapat 3 ekor terus .. .. memang puas hati dan syukur sangat.
Akhirnya Berjaya Naikkan Siakap Muara Sungai Manjung di Amir Chalet, Setiawan
Mengapa seronok dapat memancing Siakap? Cuba anda lihat post ini - Siakap Chalet Amir, Kampung Baru, Setiawan
Sebab Siakap dikategorikan sebagai ikan yang ganas dan sukar untuk dinaikkan. Anda mungkin boleh pancing .. tetapi nak menaikkan ikan ini menjadi satu cabaran. Kalau tidak masakan ia diberi gelaran Raja Muara.
Ikan Siakap apabila memakan umpan, ia akan menyambar dan terus bawa lari umpan ke lubuknya. Selalunya di bawah kayu, reba dan akar pokok di dalam air. Kalau tali pancing terbelit, memang keberangkalian untuk menaikkan ikan ini adalah sangat tipis.
Cara untuk menjerat ikan ini juga bukan mudah. Teknik terbaik untuk memancing ikan Siakap ialah dengan menggunakan pelampung dan perambut panjang. Umpan pula merupakan udang hidup, dan di sesetengah tempat, spesies ikan Siakap memilih jenis udang yang mahu disambar. Contohnya di Amir Chalet, anda tidak boleh menggunakan umpan udang biasa, tetapi mesti mencari Udang Kaki Merah untuk menjerat Siakap.
Jadi, kali ini bersama dengan anak-anak saya tanpa kehadiran isteri ... saya berjaya menaikkan ikan Siakap bersaiz sederhana. Kalau kata orang, molek-molek je untuk dijadikan masak Stim dan Tiga Rasa .. hehehe. Paling menarik ialah, saya berjaya menaikkan sehingga 3 ekor Siakap dalam masa kurang sejam! (jarak tempoh antara Siakap 1 dengan Siakap 3).
[Baca] Memancing Siakap dan Semilang di Amir Chalet
Kalau anda nak tahu, apabila ikan Siakap terjerat dengan umpan pancing .. ia bukan sahaja bawa lari umpan ke lubuknya, tetapi ia akan cuba menanggalkan mata kail yang terletak di mulut. Caranya ialah dengan melompat di permukaan air. Aksi ikan Siakap sebegini memang satu yang dinantikan oleh para pemancing ... ia menandakan pertarungan antara si pemancing dengan Siakap yang ganas.
Jangan tak tahu, ada pemancing yang sudah dapat merasa tarikan dan sentapan serta larian si ikan Siakap .. tetapi tewas apabila Siakap berjaya menanggalkan mata kail dan meloloskan diri. Kadang jika saiz ikan Siakap cukup besar, ia boleh memutuskan tali pancing dengan giginya yang tajam serta larian pantas laju di dalam air.
Cara Untuk ke Amir Chalet
Untuk ke Amir Chalet, anda boleh lihat di peta ini - https://goo.gl/maps/YMRhaE6NRJG2 atau menerusi paparan peta Google Map di bawah ini.
Cara Nak Tempah Amir Chalet, Kampung Baharu
Tempahan chalet boleh dibuat menerusi WhatsApp - Sapik (018-2245847) atau menerusi facebook Amir Chalet. Tiada sistem sangat bila nak tempah ni, jadi anda kena sentiasa ingat-ingatkan takut nama anda dipadam secara tidak sengaja .. hehehe.. almaklumlah .. ada customer tetap yang sering diberikan keutamaan seperti saya .. hoho.Percutian weekend getaway kali ini, memancing di Muara Sungai Manjung, di Amir Chalet telah membawa pulang - seekor Kerapu, 3 ekor Siakap, seekor Bocat dan seekor ikan Belang. Alhamdulillah ... dengan terlaksana impian yang mati-mati tidak dipercayai oleh adik-adik ipar saya ini, kini saya tidak rasa rendah diri lagi di kalangan pemancing tegar ikan Siakap .. hoho.
bestnya
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteTerima kasih .. alhamdulillah. Memang seronok dapat tunaikan impian ni.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.