Tapi, bukan mudah sebenarnya nak membuat busur dan anak panah ni. Susah ooo .. boleh luka jari jemari, boleh lenguh tangan dibuatnya. Cara paling senang yang hampir serupa ialah dengan membuat senapang panah ... guna kayu, guna lidi, getah dan penyepit baju. Anda boleh Google sendiri cara-cara buat busur dan senapang panah ni, in Sha Allah akan jumpa punyalah.
Cara Mudah Ajar Anak Memanah
Jadinya, ia tidaklah semudah yang disangka. Nak main dalam rumah? Mau selalu pergi hospital je nanti .. hahaha.
Ada jual? Jual kat mana ehh?
Busur dan anak panah memang ada dijual. Susah sikit nak jumpa kat Malaysia ni. Kalau anda bercuti atau melancong ke Bandung, Indonesia .. memang mudah nak beli sebab ia banyak dijual oleh penjual jalanan dan juga kedai-kedai cenderamata tepi jalan. Di Malaysia, .. hmm kalau ke kedai antik mungkin akan jumpa.
Tapi, seperti saya katakan, susah nak main di zaman sekarang ni. Tempat lapang bukannya ada sangat dah, semua dok pakat bina bangunan, bina rumah, bina itu ini .. yang ada hanyalah padang yang luasnya tidak memadai untuk aktiviti riadah memanah ini.
Nak tak nak, kena carilah tempat yang ada menyediakan kawasan khas untuk melakukan aktiviti yang sangat dituntut dalam Islam ini. Menurut Islam, kekuatan fizikal seseorang itu diukur menerusi kemahirannya mengendalikan busur dan panah. Jika boleh memanah dengan baik, maka kuatlah dia .... :)
Dari Uqbah bin Amir r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda di atas mimbar:
"Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah." (H.R. Muslim)
Sebab itu, bila dapat peluang dan kesempatan, saya mahu anak-anak saya belajar dan mengetahui cara untuk memanah. Memanah ini perlukan kekuatan pada tangan, kebijaksanaan membidik, ketetapan pada pendirian dan dada yang kuat untuk tampung daya regangan tali busur. Malah, ia mengajar untuk sentiasa berwaspada, bersedia dan mengawal emosi.
Walaupun ianya berbayar, saya fikir pendedahan pada anak-anak tentang memanah ini perlu dan penting, apatah lagi sebagai seorang Muslim. Tak dapat selalu, janji mereka sudah tahu dan merasa ... setidaknya dah ada pengalaman mengendalikan busur dan anak panah. In Sha Allah, kita sebagai ibu bapa menanam minat dalam diri mereka .. mana tahu satu hari nanti, diberikan Allah S.W.T peluang dan laluan untuk belajar dan mendalami ilmu memanah dengan busur.
Kalau anda ada peluang untuk mengajar anak-anak memanah, maka ajarilah. Jika bukan dari anda, maka dapatkan dari mereka yang tahu.
great sharing
BalasPadamMemanah,berenang dan menunggang kuda...
BalasPadamkalau ada lokasi yang boleh memanah dan harga berbaloi pun ok dah
BalasPadamHmm .. seronok sebenarnya dapat memanah ni .. memanah hati gitu .. ekekeke
Padamselalu juga tengok tempat memanah ni. tapi belum pernah cuba lagi. ingat 1 hari nanti, nak juga mencuba. hehehe
BalasPadambagus juga aktiviti memanah nie... di Seri Iskandar juga dah ada pusat memanah
BalasPadambeli one set, meh aku ajar meh..mana tau dapat wakil Perak ke..ehehee
BalasPadamOk. Aku akan catit dan buat ingatan .. nanti nak tuntut . hahahaa
Padampernah la main masa smbutn minggu maal hijrah thun lps..slain dr sunnah, sgt bgus utk bntu kta jd lbih fokus.
BalasPadamBetul. Mata kena perhati betul2 pada sasaran. Kalau kita berhati waja, in Sha Allah .. ia akan berbalik kepada misi hidup kita.
Padamassalamualaikum. bismillah. alhamdulillah, sekarang dah ada banyak tempat yg ajar memanah ni. memang sangat menarik :)
BalasPadamBetul... atas Bukit Fraser pun ada. Saya dah pernah cuba. Pastu ada menunggang kuda lagi.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.