Kalau ikutkan dah lebih 10 kali saya beli-belah online di Lazada Malaysia. Alhamdulillah, semua barangan dan produk yang dibeli dari Lazada tidak mengecewakan, baik daripada servis penghantaran mahupun kualiti produk. Isteri saya juga dah beberapa kali beli barang di Lazada. Malah, permainan anak-anak saya pun saya beli menerusi portal beli-belah online ini ... yang kalau dibandingkan dengan harga di kedai biasa, sangatlah jauh bezanya.
Dompet Raya Beli Secara Online Menerusi Lazada Malaysia
Semuanya kerana Lazada Malaysia membuat jualan atau sales khas untuk Ramadan dan Raya Puasa 2016. Ada potongan dan diskaun yang menarik untuk kaki shopping online.
Kalau nak dapat lebih diskaun, anda muat turun sahaja aplikasi Lazada dari Google Store dan App Store secara percuma. Ada baucer khas diberikan untuk mereka yang pertama kali beli belah guna aplikasi Lazada ini.
Kenapa Saya Beli Menerusi Lazada?
Saya suka je beli dari Lazada, kerana ia memudahkan dan saya tidak perlu keluar rumah untuk bershopping secara santai. Paling saya suka .. ialah tiada promoter nak ikut ke hulu ke hilir ketika saya nak window shopping .. hahaha ..Produk paling mahal saya beli ialah telefon pintar Huawei Honor 7, yang dibeli dengan harga RM1299; iaitu RM100 lebih murah daripada harga pasaran semasa (ketika itu), siap dapat hadiah percuma lagi .. huhuhu... Produk original dengan waranti diberikan seperti yang diiklankan dalam laman web mereka. Untuk pembelian ini, saya bayar guna online transfer dari akaun Maybank saya.
Cash-On-Delivery
Pastu, dapat pula baucer tambahan yang diberikan oleh Sokano yang menjual beg dompet tersebut meneruai Lazada Malaysia. Siap bagi tawaran untuk buat bisnes online menerusi dropship lagi!
[Baca] Kehebatan 3 Jejaka Buat Duit Menerusi Dropship - USD94K Dalam 2 Bulan!
Saya tak gunakan kad kredit walaupun ada disediakan oleh Lazada kerana takut terlebih belanja. Bagi saya, elok bayar C.O.D atau guna kad debit supaya saya boleh jadi bijak menguruskan perbelanjaan .. hoho .. baru tahu takat mana boleh dibelanjakan dengan income online yang tak seberapa... huhu.
[Baca] Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada Malaysia
Dah shopping untuk persediaan Raya 2016?
Saya pun selesa beli dengan lazada. Terutamanya barangan bayi. Penghantaran pun cepat.😊😊
ReplyDeleteAlhamdulillah .. nampaknya banyak pelanggan yang puas hati dengan servis oleh Lazada ni.
DeleteSaya pernah beli handbag dekat lazada, pakai sampai sekarang. hehehe
ReplyDeleteEhhh ... bagus .. kiranya produk yang dibeli tu bermutulah.
Deletepenah sekali je kot aku shopping kat Lazada, itupun sebab barang aku beli tu memang takde kat Lelong ataupun tempat lain masa tu..nak beli vakum je pun..huhu..mana tah vakum tu tah.ahaahaa
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.