Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk mencuba beberapa menu terbaik yang ada disediakan di restoran D'Paradise ini. Semuanya berlaku seminggu sebelum bermulanya puasa Ramadhan 2016. Antara menu makanan laut segar yang kami cuba ialah menu utama iaitu Set Chili Shell Kebaboom, dan menu sampingan Mee Ketam Kebaboom dan juga Ketam Telur Masin Meletop.
D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan
Lihat senarai harga yang saya ambil dari restoran ini .. harga set bermula dari serendah RM33 sehinggalah ke RM89. Dan saya pasti, setiap set itu boleh dinikmati oleh lebih orang. Serius .. anda mungkin tak terhabis dibuatnya. Memang berbaloi dan berpatutan jika nak dibandingkan dengan harga Shell Out di tempat lain (dibandingkan menerusi promosi dalam FB).
Makanan Laut Segar
Rasa makanan ini memang best, sedap dan menyelerakan, pedas-pedas .. dan ada rasa masam sikit (ada potongan lemon disediakan). Isteri saya kata, udang dan ketam memang segar sebab boleh terasa isinya yang manis. Mana tidaknya, balik je rumah terus rasa gatal-gatal kat tangan setelah menjamah ketam dan udang saiz besar...hoho.Kata pemilik D'Paradise, bekalan segar untuk ketam, sotong, udang dan bekalan seafood lain didapatkan secara terus dari nelayan kawasan Tanjung Piandang serta Jeti Sungai Udang Nibong Tebal yang tidak jauh dari pekan Parit Buntar. Memang tidak syak lagilah .... makanan di D'Paradise semuanya fresh dari laut!
Nak tengok menu dan harga? Boleh lihat di sini - Gambar dan Harga Menu D'Paradise Cafe
Sedapnya Ketam Telur Masin
Menu kedua yang kami sempat merasa ialah Ketam Telur Masin.Dah lama sebenarnya saya nak merasa menu ni .. tak pernah lagi dapat. Alhamdulillah, D'Paradise ada menyediakan masakan Ketam Telur Masin yang memang kaw kaw sedapnya. Saya cium bau pedas-pedas masin sehingga terliur dibuatnya. Ratah gitu je ... perghh ... best ooo ...
Tapi, dari bau ... fuh memang terangkat. Tengok saiz ketam dan udang memenuhi mangkuk mee ... dah membuatkan ia satu menu yang berbaloi untuk dinikmati. Harganya bermula dari RM12 semangkuk. Siap ada telur rebus dan juga bebola ikan lagi .... memang menarik.
Lokasinya mudah, in Sha Allah anda boleh nampak restoran ini dari Jalan besar Taiping - Butterworth. Andai anda melalui jalan utama ini, dari arah Taiping .. lihat sahaja sebelah kanan anda .. anda akan nampak signboard KFC besar, dan berderetan dengannya adalah lokasi D'Paradise Cafe.
Waktu operasi restoran ini adalah dari jam 6 petang sehingga tengah malam. Jadi, memang sesuailah sekarang untuk menikmati hidangan buka puasa istimewa di restoran ini.
Saya difahamkan sambutan daripada masyarakat setempat sangat menggalakkan walaupun D'Paradise Cafe baru dibuka pada awal bulan April 2016. Menu Shell Out yang ada di D'Paradise Cafe telah menjadi sebutan ramai kerana harga yang berpatutan dengan kesegaran makanan laut terbaik.
Jika anda mahu mencuba, boleh buat tempahan awal:
Facebook - D'Paradise Cafe Parit Buntar, Perak
Tel atau Whatsapp - 011 32207961 / 017 4867944
[full_width]
wow murahnya
BalasPadampagi pagi saya dah lappppaaaarrrrrr
BalasPadamErr minta maaflah sbb buat kelaparan tanpa sengaja di bulan puasa ni Eny .. keh keh keh.
Padammemang sedap ja nampak semua menu...boleh cuba nanti
BalasPadamMemang sedappp Arz Moha ... serius, dan ia mengenyangkan walaupun ambil set paling simple.
PadamHabis tak makan tu bos hehehe
BalasPadamHabis. Shell Out memang habis kami makan anak beranak. Cuma hidangan kedua tu je bungkus bawak balik, tak sentuh pun Mee Ketam tu ..
PadamBaru nak mencuba ni..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.