Iklan Raya Aidilfitri lagi .. hehehe... saya suka je nak kongsi video-video iklan menarik sempena Hari Raya ni. Iklan raya sememangnya unik, kadang ada cerita dimasukkan di dalam iklan-iklan tersebut. Masih ingat lagi iklan Raya dari Bernas The Journey tentang budak OKU tu tak? Hmm .. memang menggamit sungguh la.

Untuk blog post ini, saya nak kongsi satu iklan raya yang agak menarik juga, dipersembahkan dalam bentuk sebuah filem pendek bertajuk #BahuluEmak .. sebuah filem pendek raya 2016 dari MyNIC.

Filem Pendek Raya 2016 MyNIC - #BahuluEmak

Filem Pendek Raya 2016 MyNIC - #BahuluEmak
Filem pendek raya 2016 #BahuluEmak MyNIC ni tunjukkan kisah seorang anak yang sedang berusaha kembangkan bisnes bahulu emaknya.

Lawak pula tengok si emak yang kagum dengan cara anaknya mengembangkan bisnes bahulunya. Dan bagusnya anak si emak dari promosi bahulu secara konventional, terus mempromosikan secara online dengan bantuan dari cikgunya.


Semua orang perlu bergerak maju, sama seperti di dalam bisnes. Sekarang dah zaman bisnes online, semua orang dah gunakan jalan untuk buat duit online. Ini adalah kerana pasaran lebih meluas. Memang terdapat kekangan dan masalah, tapi semua itu boleh diselesaikan kalau kita mencari jalan penyelesaian.

[Baca] RF3 World Firmax3 Malaysia

Patut kisah #BahuluEmak diikuti oleh ramai usahawan .. terutama usahawan desa. Uh part akhir filem pendek raya 2016 #BahuluEmak ni .. uhh sedihhh la pulakk

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement