Kerja murni yang dikelolakan oleh Pertubuhan Projek Kasih ini memang wajar diketengahkan, dan diberikan publisiti kepada umum, apatah lagi ianya dilakukan di dalam bulan Ramadhan penuh mulia. Saya pasti ramai rakyat Malaysia yang prihatin, yang mungkin ada sesuatu yang lebih untuk diberikan menerusi program #BajuRayaProject ini.
Gambar dan Surat Terbuka Kepada #BajuRayaProject
Hmm agak malang bagi saya kerana baru berkesempatan untuk mengetahui mengenai program amal ini. Mungkin saya boleh berikan sesuatu untuk bantu #BajuRayaProject mendapatkan lebih banyak sumbangan daripada masyarakat.Surat Terbuka Untuk #BajuRayaProject
Masyarakat kita adalah sebuah masyarakat penyanyang. Ramai yang sebenarnya berhati murni ini ... dan surat terbuka untuk #BajuRayaProject adalah salah satu bukti bertulis yang mengiyakannya. Baju-baju Raya yang dah lama 'bermastautin' dalam gerobok dikeluarkan dan diberikan penampilan cukup cantik agar dapat disumbangkan dalam keadaan baik.Saya percaya, ada di anatara anda yang masih mempunyai 2-3 pasang baju raya tahun-tahun sudah, yang tidak terpakai, atau dikategorikan sudah sangat-sangat jarang dipakai. Ehmm terutama orang perempuan yang selalunya akan beli atau tempah lebih daripada sepasang baju setiap kali datang sambutan hari raya.
Moga program ini akan diteruskan lagi di tahun mendatang, dan saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Pertubuhan Projek Kasih serta UPM yang telah menjayakakan #BajuRayaProject ini. Moga untuk tahun akan datang, pihak Pertubuhan Projek Kasih boleh gunakan platform blogger untuk menyebarkan program ini ... in Sha Allah, ramai je blogger Malaysia yang akan bantu dengan ikhlas.
Semua gambar kredit menerusi #BajuRayaProject
bagusnya usaha murni ini...moga ada pada tahun2 akan datang ;)
BalasPadamMoga setiap urusan dan niat murni ini diberkati Allah..ameen...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.