Hotel Sentral Seaview, Penang sebenarnya adalah hotel pilihan isteri saya. Kalau fikir nak bercuti di Penang dan menginap di hotel dengan bajet kecil, maka hotel inilah yang akan menjadi pilihan utama. Ini adalah kerana hotel ini mempunyai kolam renang dan juga akses ke pantai. Ada dua kolam renang, satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak, manakala akses ke pantai mudah hanya dari hotel.
Bercuti Hujung Minggu di Hotel Sentral Seaview, Penang
Wife saya tempah untuk menginap menggunakan Agoda, alhamdulillah .. dapatlah harga terbaik sebab selalu dan sering gunakan Agoda setiap kali kami mencari hotel penginapan. Kalau anda nak tempah Hotel Sentral Seaview Penang ni, memang disyorkan anda login ke Agoda dan buat tempahan menerusi akaun anda.
Sebab Pilih Hotel Sentral Seaview Untuk Bercuti Hujung Minggu
- Hotel bersih, selesa dan bajet
- Lokasinya agak strategik, tidak terlalu jauh dengan pekan dan banyak lokasi tempat makan
- Ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak
- Ada akses ke pantai yang luas dan boleh mandi laut
- Menu makanan yang baik
- Boleh memancing depan hotel
- Parking dalam hotel
- Staff hotel yang ramah tamah
[Baca] Berseronok di Cool Zone Kids Club Golden Sand ResortLokasi Hotel Sentral Seaview ini agak terperuk ke belakang sikit .. tetapi in Sha Allah, seperti biasa .. saya memang minta anda cari dan Google di Google Map, atau aplikasi Waze. Susah-susah .. anda tanya je reception hotel .. huhuhu...
seronok main pantang anak2 bro HH
BalasPadammacam best her habiskan hujung minggu kat hotel... kat Penang pulak tu.
BalasPadamNak tnya.. kalau nk mandi pool, wanita muslim boleh pakai tudung ke??
BalasPadamKena pakai baju mandi muslimah tu .. sbb arab2 tu mandi camtu
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.