Sebab apa? Sebab ia ada kena mengena dengan perkara yang telah saya bangkitkan sejak awal Ramadhan lagi di Facebook peribadi saya - iaitu soal bungkus makanan bawa balik untuk elak pembaziran.
Iklan TM Hari Raya 2016
Malah, ia juga sangat kena mengena dengan luahan yang saya tonjolkan di FB, boleh baca sini - Perkara Paling Sedih Bila Berbuka Buffet Ramadhan
Terima kasih kepada pihak TM yang menyediakan iklan TM Raya 2016 yang memberikan sesuatu kepada saya Ramadhan ini. Yelah, sebagai blogger .. saya ada kala diundang ke majlis berbuka puasa ala buffet yang meriah dengan makanan dan minuman.
Meh tonton iklan TM Hari Raya 2016 ini yang menyentuh jiwa saya dan dekat di hati saya .... huhu...
Video Iklan Raya TM 2016 - Rezeki Yang Dikongsi Lebih Diberkati
Saya mungkin 'tapau' makanan yang berlebihan yang telah tidak sengaja diambil dalam majlis berbuka puasa ala buffet, namun adakah kelakuan saya itu salah dengan niat tidak mahu membazirkan makanan?
Saya berhasrat menjadi seperti Sofea di dalam iklan TM Hari Raya 2016 ini, in Sha Allah .. jika Allah S.W.T panjangkan umur saya kelak. Saya mungkin tidak kaya raya untuk bersedekah dari poket sendiri, tetapi ... ada sumber yang bagus untuk buat dua kebajikan dalam satu-satu masa dari mereka yang mungkin rezeki dah melimpah-ruah. Kebajikan pertama - elakkan makanan dibazirkan.
Kebajikan kedua - bersedekah makanan kepada mereka yang tidak seperti saya (dan mungkin anda).
Masyarakat Muslim di Malaysia patut contohi Sofea. Saya tahu .. saya mesti jadi sepertinya. Anda? Apakah sumbangan anda Ramadhan ini untuk mereka yang bukan seperti anda?
Meleleh airmata tgok iklan ni. Memang terkesan sungguh...harap ramai lah yg jadi macam sofea..
ReplyDeleteMeleleh airmata tgok iklan ni. Memang terkesan sungguh...harap ramai lah yg jadi macam sofea..
ReplyDeletealaaaa...ada habuk masuk dalam mata huhu
ReplyDeleteAssalammualaikum Bro HH..sangat terkesan..
ReplyDeleteMnarik iklan Dr Tm thun ni..
ReplyDeletesangat terkesan..sedang kita enak makan sedap2,ramai lg sedang bergelut mencari sesuap nasi.Allahu:-(
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.