Pernah tertanya tak? Kerja bagai nak mati, setiap akhir bulan .. dapat gaji. Belum pun sempat akhir bulan, semua duit gaji dah habis, kaput ... tinggal habuk. Simpanan pun tak ada, benda yang dibelanja pun ntah ke mana, tak tahu apa yang dapat. Kadang kita lihat, rezeki orang lain ... mudah dan senang je. Kadang kita lihat, petani yang adakala kais pagi makan pagi, tidak rasa kesempitan pun macam kita.

Ada baca tak tentang kenapa belia zaman sekarang susah nak beli rumah? Gaji ada. Malah, ada yang beribu-ribu dapat setiap bulan. Ikuti nasihat ini - Kumpullah Duit Beli Rumah Sendiri

Awal perkahwinan saya dan isteri terus rancang untuk memiliki rumah sendiri, kalau anda bekerja di sektor awam, in Sha Allah .. agak mudah untuk mendapatkan rumah sendiri dengan pembayaran balik pinjaman yang boleh anda tanggungi setiap bulan. Namun, bukan semua orang bekerja sektor awam. Betul tak?

Kenapa Rezekiku Tidak Murah Seperti Orang Lain?

Ok. Itu bab rezeki nak beli rumah. Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ia bukan semata wang ringgit dan harta benda. Ia boleh jadi, nyawa anda .. ia boleh jadi makanan ... ia boleh jadi minuman ... ia boleh jadi kasih sayang. Rezeki Allah S.W.T Maha luas .. dan selalunya kita tidak sedar pun ia merupakan rezeki yang lebih baik daripada yang orang lain terima.
Kenapa Rezekiku Tidak Murah Seperti Orang Lain?
Kealpaan dan betapa terikatnya kita dengan dunia sehingga kita tidak tahu bahawa di sebalik kesempitan yang kita rasa, ada kelapangan yang telah diberikan. Pernah fikir?

Bagaimana nak mendapat rezeki yang murah?

Allah S.W.T telah lama memberitahu kita tentang cara dan teknik untuk mendapatkan rezeki yang murah. Hanya kita sahaja yang kadang alpa dan buat endah tak endah. Ramai tahu, tapi tidak lakukan ... ramai yang bijak teori, tetapi hampeh dari segi praktikal.

Infografik Kenapa Rezeki Tidak Murah

Sekarang, mari lihat infografik di bawah ini. Bandingkan apa yang tertulis dan apa yang dinyatakan dengan kehidupan kita selama ini.... 
Daripada 10 yang disenaraikan kenapa rezeki tak murah, agak-agak ada tak yang tersangkut dengan diri anda?

Saya?

Jujur saya cakap memang ada beberapa hal di atas yang benar dan kena pada batang hidung sendiri. Paling yang terkesan ialah nota nombor 7 ... ramai yang berkelakuan seperti ini, tak kiralah semasa di rumah mahupun di pejabat dan tempat kerja. Kita tidak ikhlas dengan apa yang kita buat ... jadi kita akan sering dan suka buang masa.

Tak caya? Anda boleh lihat keadaan semasa anak muda zaman sekarang, ini mungkin termasuk diri anda sendiri. Tak payah susah payah, anda login je ke akaun laman sosial, anda boleh lihat point nombor 3 tu banyak orang buat sekarang .. tanpa selindung-selindung.

[Baca] Dengan RM50, Rezeki Mereka Murah Sehingga Membolehkan Beli Rumah RM200K!

Point nombor enam ... bila kita kejar dunia, banyak benda untuk kebaikan dunia akhirat kita abaikan, tak pun kita buat secara sambil lewa. Lupakah kita siapa yang memberikan rezeki yang murah? Lupakah kita siapa yang membuat perancangan, qadar dan qada' kehidupan kita?

Dan point nombor satu ... sebagai anak, kita takkan lupa dengan ungkapan "Syurga anak di bawah tapak kaki ibu". Kita tahu .. tapi ... ??

Jadi, usah mengeluh kenapa rezeki tidak murah seperti orang lain. Mereka mungkin melakukan 6 daripada 10 point di dalam infografik di atas. Maka, Allah S.W.T telah memberikan laluan mudah untuk mereka peroleh rezeki.

Mari berusaha. Nak tahu lagi cara untuk meraih rezeki yang murah dan diberkati? Cuba dapatkan lebih 111 tips mengenainya di sini - http://bit.do/formularezeki


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bila di renungkan, perkara no 1 yang paling membimbangkan tapi itulah perkara yang paling berkesan untk "bangkitkan" rezeki.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement