Saya jenuh juga fikirkan apa tajuk yang sesuai untuk kisah ini. Adakah anda tertarik dengan tajuk entri ini? Tentu anda nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan telur si suami yang curang ... kisah apakah ia?

Di hujung minggu ini, saya ingin kongsikan kisah ini yang telah diceritakan kepada saya lebih sepuloh tahun dahulu. Ada di antara anda mungkin dah baca ... tapi tak salahkan baca balik .. macam ulangkaji .. :) semoga cerita pendek ini menjadi bahan senda gurau yang bermakna.

Telur Si Suami Yang Curang

Kisah Telur Si Suami Yang Curang
Tersebutlah alhkisahnya satu pasangan suami isteri yang memang nampak caring ... ohh kalau orang tengok memang mereka ini adalah pasangan yang loving betullah. Mereka adalah pasangan Mira dan Saiful (tiada kena mengena hidup dan mati mana2 individu). Dah lama mereka ni kawin, hampir 20 tahun dah.

Rahsia Kotak Hitam Suami

Saiful ini ada satu rahsia, dan rahsianya disimpan dalam satu kotak hitam. Kotak hitam ini disimpan di bawah katil. Mira pula tidak pernah ambil kisah mengenai kotak hitam misteri milik suaminya ini. Kotak ini pula disorok di katil mereka. Selama 20 tahun kotak hitam itu di situ, dan Mira tak pernah sedikit pun rasa nak lihat apa kandungan dalam kotak hitam misteri itu.

Namun pada suatu hari, sedang Mira membersihkan bilik, dia tidak dapat menahan perasaaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu. Lalu ... dengan penuh keghairahan, Mira pun mengambil kotak hitam penuh misteri itu di bawah katil. Dan Mira pun terkejut dengan isi kandungan dalam peti misteri itu!

Suami Amal Ilmu Hitam?

Mana tidaknya, Mira terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada empat biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Hasil penemuannya itu menimbulkan sejuta pertanyaan .. adakah suaminya sedang mengamalkan ilmu hitam? Adakah suaminya sedang menggunakan ubat pengasih terhadapnya selama 20 tahun berkahwin? Setahu dirinya .. suaminya tak suka dengan pawang2 dan dukun2 ni .. apatah lagi ilmu hitam.

Setelah suaminya pulang dari berjumpa dengan kawan-kawannya, Mira cuba menyelesaikan misteri tersebut dengan bertanya kepada suaminya;

"Abang, kenapa abang letak 4 biji telur ayam di bawah katil kita?" Tersentak Saiful mendengar pertanyaan isterinya itu, ternyata isterinya dah tahu isi kotak misteri kepunyaannya. Lalu, dengan nada penuh kesal dia pun memberitahu apa maksud telur itu;

Setiap Kali Curang - Satu Biji Telur Diletakkan

"Sayang, setiap kali abang curang kepadamu, abang letak telur ayam sebagai tanda penyesalan".

Mira terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana empat kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama, bagi diri Mira masih boleh dimaafkannya. Tetapi kemudian Mira bertanya lagi;

"Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ?... "

Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab;

"Setiap kali telur tu cukup sedozen abang jual dan duit tu abang letak kat situ".

Dan serta merta Mira pun pengsan dengan penjelasan suaminya yang dianggap loving and caring tu selama ini.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. muahahah..
    mmg ulang kaji ni..
    tp x patut betol suami die..

    ReplyDelete
  2. salam...

    huahahaha :-D maknanya...suaminya selalu curang laa!!

    ReplyDelete
  3. Sampainya ati si suami...
    Dah sampai nilai RM3K tu...

    ReplyDelete
  4. Best citer nih, mohon share hehe

    ReplyDelete
  5. Hahahaaa hampeh betul. Hahaahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement