Rasanya ini pertama kali berada di dalam bulan Ramadhan dengan kebanyakkan hari, isteri tiada di sisi. Dan ini juga pertama kali isteri berpuasa Ramadhan jauh dari keluarga atas sebab belajar. Saya pula, dari menjadi house husband suam kuku, terpaksalah terima hakikat jadi house husband kental sepenuhnya. House husband ketika bulan puasa, fuhh mencabar sungguh, apatah lagi time nak bersahur dan berbuka.

Walaupun anak-anak saya tidak begitu cerewet soal makan, tetapi saya lebih suka anak-anak dapat berbuka dan bersahur dengan hasil air tangan saya. Kalau hari biasa boleh sedia menu memasak buat anak-anak, kenapa tidak di dalam bulan puasa. Sama je .. cuma cabarannya ialah saya mungkin akan cepat penat dan letih, dan tidak akan dapat memastikan bahawa menu masakan saya sempurna dan sedap untuk anak-anak.

Menu Simple Bila House Husband Masak Berbuka

Menu Simple Bila House Husband Masak Berbuka
Saya bukan jenis yang suka pergi ke Pasar Ramadhan, walaupun ada beberapa Pasar dan Bazar Ramadhan yang berdekatan dengan tempat tinggal saya ni. Apabila dah benar-benar terpaksa atau mungkin mahu mencari menu berbuka puasa yang saya tak pandai nak memasak dan menyedia, barulah pergi.

Masak Simple dan Cepat

Nak selamat untuk menu lauk pauk, saya akan cuba masak menu yang simple-simple je. Selalunya tu, ikan goreng, ayam goreng, masak sambal, masak kicap dan yang seumpamanya. Sayur lak, masak air je .. atau buat masak kicap .. mudah senang .. sedapppp .. hehehe.

Menu simple je bila house husband memasak untuk berbuka .. tengok .. nah .. layan .. ngappp .. leh tiru kalau mahu .. haha.
Kari Ayam
Tauge Kucai masak kicap
Sup Ayam
Ayam Goreng

Amacam? simple je kan menu yang saya masak ni? Ayam Goreng .. siapa2 pun leh masak, anak dara kalau tak reti nak masak Ayam Goreng .. uhh memang la nak kena pelakong .. ekekeke.... menu simple yang secara amnya semua orang suka.

Oh ya, menu berbuka puasa saya masak di atas ni bukan sekali berbuka ye .. tu hari-hari lain tu .. satu hari, satu lauk, satu sayur dah cukup. Tak perlu banyak-banyak sangat sebab yang makan hanya saya, dan anak-anak 3 orang .... :) semua perut kecik .. huhu.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ermm terkejut jugak mula2 tgk berjenis ayam masak untuk sehari
    ermmm kira pandai jugak tu ...saya nie bujang tau masak meggi je hu3

    ReplyDelete
  2. Kdg2 yg simple itu yg sedap sampai menjilat jari... Makan nasi bertambah tambah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement