Walaupun anak-anak saya tidak begitu cerewet soal makan, tetapi saya lebih suka anak-anak dapat berbuka dan bersahur dengan hasil air tangan saya. Kalau hari biasa boleh sedia menu memasak buat anak-anak, kenapa tidak di dalam bulan puasa. Sama je .. cuma cabarannya ialah saya mungkin akan cepat penat dan letih, dan tidak akan dapat memastikan bahawa menu masakan saya sempurna dan sedap untuk anak-anak.
Menu Simple Bila House Husband Masak Berbuka
Saya bukan jenis yang suka pergi ke Pasar Ramadhan, walaupun ada beberapa Pasar dan Bazar Ramadhan yang berdekatan dengan tempat tinggal saya ni. Apabila dah benar-benar terpaksa atau mungkin mahu mencari menu berbuka puasa yang saya tak pandai nak memasak dan menyedia, barulah pergi.Masak Simple dan Cepat
Nak selamat untuk menu lauk pauk, saya akan cuba masak menu yang simple-simple je. Selalunya tu, ikan goreng, ayam goreng, masak sambal, masak kicap dan yang seumpamanya. Sayur lak, masak air je .. atau buat masak kicap .. mudah senang .. sedapppp .. hehehe.Menu simple je bila house husband memasak untuk berbuka .. tengok .. nah .. layan .. ngappp .. leh tiru kalau mahu .. haha.
Amacam? simple je kan menu yang saya masak ni? Ayam Goreng .. siapa2 pun leh masak, anak dara kalau tak reti nak masak Ayam Goreng .. uhh memang la nak kena pelakong .. ekekeke.... menu simple yang secara amnya semua orang suka.
Oh ya, menu berbuka puasa saya masak di atas ni bukan sekali berbuka ye .. tu hari-hari lain tu .. satu hari, satu lauk, satu sayur dah cukup. Tak perlu banyak-banyak sangat sebab yang makan hanya saya, dan anak-anak 3 orang .... :) semua perut kecik .. huhu.
ermm terkejut jugak mula2 tgk berjenis ayam masak untuk sehari
BalasPadamermmm kira pandai jugak tu ...saya nie bujang tau masak meggi je hu3
Kdg2 yg simple itu yg sedap sampai menjilat jari... Makan nasi bertambah tambah...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.