Mulanya nak ambil tren KTM ETS waktu pagi, tetapi bila fikir tidak mahu terburu-buru .. maka, saya telah tempah tiket ETS untuk perjalanan waktu petang. Lagipun, saya perlu pulangkan kereta KLEzCar di stesen bas Putrajaya Sentral pada tengahari.
Pengalaman Berbuka Puasa Dalam ETS
Ikut asal perancangan, isteri saya akan berikan bekal untuk kami berbuka puasa di dalam tren ETS. Tetapi disebabkan isteri saya perlu ulangkaji untuk peperiksaan akhir, maka ... saya tidaklah mendesak sangat. Lagipun, cukup sahaja batalkan puasa dengan sebiji kurma dan air mineral.Terima kasih pada isteri yang sanggup hantarkan saya dan anak-anak pulang naik tren ETS petang tu.
Dalam tren memang tidak terasa sangat perut lapar dan dahaga sebab puasa. Al maklumlah, keadaan di dalam koc tren ETS yang selesa berhawa dingin. Malah, anak saya yang sulong sempat buat kerja sekolah di dalam tren lagi ... hehehe...
Bila dah naik tren, terfikir juga bila waktunya nak berbuka puasa, yelah .. tren ETS sikit punya laju tu .. leh capai kelajuan sehingga 142km/jam. Sekejap je dah bertukar lokasi ... hoho.
[Baca] Tips Untuk Travel Naik ETS KTMB
Tapi, rupanya sebaik sahaja masuk waktu berbuka puasa, pemandu tren akan umumkan di siaraya bahawa waktu berbuka puasa telah masuk. Ketika diumumkan, tren ETS yang saya naik sedang berhenti di Stesen KTM Ipoh. Jadi, berbukalah kami anak beranak dengan air dan pop corn .. huhu .. cari juga buah kurma yang saya sangka dibawa dalam beg, tapi tak jumpalah pula.
Tengah menunggu waktu berbuka, ternampak iklan Aman Palestin ni ... nak sedekah bulan Ramadhan?
[Tips] Kalau nak beli makanan berbuka dalam tren ETS, pastikan anda beli makanan 30 minit lebih awal.
Setibanya di Stesen KTM Parit Buntar, saya dan anak-anak pun menuju ke restoran yang best di Parit Buntar untuk makan malam, iaitu di Restoran Sri Dayang. Restoran ni ada menu sedap iaitu Mee Bandung Udang Seri Dayang dan Tomyan Seri Dayang. Tapi, saya tak orderlah pulak makanan ni .. hehehe...
Jika anda nak mencuba naik tren ETS samada Ramadhan dan Hari Raya, pastikan anda tengok dulu - Jadual KTM ETS Terkini 2016.html ye .. tempah siap2 .. in Sha Allah, tempahan kini dibuka untuk tempoh perjalanan dua bulan.
wow ada cafe ek
BalasPadamAda zakiah ... tapi makanan dia terhad... :)
Padamtak pernah lagi naik ETS..dr penceritaan, memang terbaik fasilitinya
BalasPadamTrylah Raya ni naik ETS gi jenjalan kat sebelah utara ni .. gi Padang bBesar pun boleh. Kalau naik ke Butterworth, terus ke jeti, leh naik feri
PadamAlhamdulillah anak anak Bro HH tidak cerewet...mudah untuk brrgerak...
BalasPadamHmm mudah memang mudah, siap main2 lagi dalam ETS tu .. haishhh ..
Padamalhamdulilah..pengalaman buat anak-anak tu..itu jugalah yang akan menjadi cerita buat mereka bila dah besar nanti..hehehe..
BalasPadamsifu, warna blog dah berubah ya? nampak lain..hehehe
bestnya, selesa je nampak..
BalasPadamWah!
BalasPadamOk ja cuma elok beli awal sebab beratur lama dekat cafe tu.melalui info blog tuan saya dapat cuba naik ets 2 kali hehehe
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.