Promosi Buffet Dinner Best Western PJ Sempena Ramadhan 2016
Promosi ini yang menyajikan sajian sedap dan lazat masakan tradisi dibuka untuk tempahan bermula dari 6 Jun sehingga 30 Jun 2016. Harga buffet dinner ini pula bermula dari serendah RM30 seorang (kanak-kanak).Terdapat pelbagai juadah masakan dan menu tradisi yang disediakan di Kitchen Kembali, Best Western PJ Hotel ini. Antara yang menarik ialah Kambing Bakar, Ayam Panggang, Ikan Bakar, Mee Kari, Mee Kuah, Nasi Briyani, pelbagai ulam-ulaman kampung, pelbagai kuih muih tradisi, pelbagai jenis sambal, ABC dan banyak lagi.
Minuman panas seperti Teh Tarik, Nescafe Tarik, Teh O turut disediakan untuk para tetamu. Saya boleh katakan, menu dan masakan yang ada memang sesuai dengan temanya menu Warisan Tradisi.
Uhh .. tengoklah betapa seleranya anak-anak saya menjamah makanan buffet dinner di Kembali Kitchen, Hotel Best Western PJ ni. Memang jarang nak nampak anak saya cukup berselera menikmati juadah berbuka puasa.
Layanan yang diberikan oleh staff di Kembali Kitchen pun cukup baik dan bagus sekali. Paling best, mereka izinkan isteri saya untuk tapau ... bawa naik ke bilik hotel kami lagi .. hoho .. amacam? Tapi tidaklah kami nak tapau semua makanan yang terhidang di sini ... kami pun tahu adab ambil makanan buffet ni .. hoho. Hanya bawa yang mana tak habis di meja kami sahaja. Nasib baik ada bawa bekas sendiri .. jadi tidaklah menyusahkan staff Kembali Kitchen. :)
Heappp heapp .. kami bukan buruk lantak ehh, cuma tak berapa seronok melihatkan makanan yang sudah kami ambil perlu dibuang begitu sahaja. Itu namanya pembaziran. Mungkin silap saya juga yang benarkan anak-anak ambil macam-macam, almaklumlah ... makanan memang sedap-sedap belaka... hehe.
Meh saya kongsikan beberapa gambar sewaktu kami berlima menikmati juadah makanan di Kembali Kitchen - Promosi Buffet Dinner di Best Western Hotel PJ ini. Jangan terliur sudahlah ye .. huhu .. agak-agak nak merasa, bolehlah buat tempahan. Butirannya nanti di akhir post ini ..
Layan dulu gambar ...
Best Western Hotel PJ menerusi Kembali Kitchen turut hidangkan Kambing Bakar serta Kari Kambing untuk para tetamu menerusi promosi Buffet Dinner 2016.
Untuk kelainan rasa, turut disediakan untuk para tetamu ialah pelbagai aneka jeruk. Paling jarang nak jumpa ialah Jeruk Buah Cermai ...
.. dan banyak lagi .. tunggu beberapa gambar lagi juadah di dalam Wordless Wednesday. Amacam? Menarik tak? Hoho ... kalau rasa nak mencuba, bolehlah tengok harga dan juga cara nak tempah di bawah ini ye ... selamat berpuasa...
Berikut adalah harga promosi Buffet Dinner di Best Western Hotel PJ:
BUFFET | DURATION | PRICE | REMARKS |
---|---|---|---|
Dinner | By 31st May 2016 | RM60nett (Adult) RM30nett (5-12 y.o Child) |
Vouchers are available for sale |
6th - 12th June 2016 | RM65nett (Adult) RM30nett (5-12 y.o Child) |
||
13th - 26th June 2016 | RM75nett (Adult) RM30nett (5-12 y.o Child) |
||
27th - 30th June 2016 | RM65nett (Adult) RM30nett (5-12 y.o Child) |
Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
BEST WESTERN Petaling Jaya,
No.1, Jalan 13/1, Section 13,
46100, Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan.
- Edwan Reza (019 777 3565 / Sales Manager)
- Zurina (019 777 4140 / Sales Manager)
- Hisham (012 615 8962 / Restaurant Manager)
- Email : sales@bestwesternpj.com.my
singgah sini.. semua makanan nampak sedap tp bergantung kepada menu setiap hotel. :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.