Dewasa ini, kita melihat teknologi telah mengambil hampir separuh kehidupan kita, samada sebagai anak, cucu, ayah, ibu ... Teknologi telah mengambil peranan yang selama ini dimiliki oleh insan, dek kerana ada di antara kita yang taksub dengan teknologi; saya juga secara jujurnya mengakui perkara ini.
Kita tidak lagi bergelak ketawa bersama isteri dan anak-anak, tetapi menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook Messenger. Kita tidak lagi berkongsi cerita sesama keluarga, tetapi lebih suka melihat cerita dan filem bersendirian di laman YouTube dan laman web video dan filem. Kita tidak lagi berkomunikasi dengan orang terdekat di sekeliling kita, tetapi suka bersembang borak dengan rakan-rakan FB yang tidak pernah bersua-muka.
Inilah kehidupan kita sekarang, sehingga ada yang terabai.
#Sarikatahati - Iklan Raya Maxis 2016 Untuk Mereka Yang Taksub Dengan Teknologi
Menerusi iklan raya Maxis - #sarikatahati .. ia menunjukkan sudut lain teknologi yang boleh menterjemahkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah saya katakan. Jadikan teknologi itu pengerat hubungan, dan bukan yang memisahkan. Teknologi itu dicipta untuk kebaikan, tetapi apabila kita terlalu taksub dengannya, ia boleh memberikan efek yang tidak baik untuk kita semua.
Ibu dan ayah selalu bertanya tentang telefon mereka – “Apa benda WhatsApp ni?”, “Saya kena pergi ke app store – jauh ke?”
Teknologi memudahkan kita untuk berhubung dengan mereka yang tersayang. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang ketinggalan. Bila mereka asyik bertanya tentang itu dan ini, adakah mereka betul-betul bertanya tentang teknologi? Atau adakah udang di sebalik skrin?
Nah .. saksikan video #sarikatahati, sebuah iklan hari raya daripada Maxis. Moga ada manfaat dan kebaikan dengan menonton iklan raya ini.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.