Sebagai seorang blogger, memang menjadi satu keperluan untuk melihat pencapaian blog dari semasa ke semasa. Apatah lagi untuk seorang blogger sepenuh masa seperti saya. Salah satu cara melihat pencapaian blog ialah menerusi statistik dan analitik.

Saya sukacita untuk berkongsi dengan anda semua mengenai statistik dan analitik blog ini (hasrulhassan.com) untuk bulan April dan Mei bagi tahun 2016. Mana tahu, dari perkongsian ini dapat membakar semangat ramai rakan blogger lain untuk terus memantapkan blog dan mendapat trafik yang baik; seterusnya menjana income menerusinya.

Statistik Analitik April - Mei 2016

Statistik Analitik April - Mei 2016

Statistik Analitik April - Mei 2016
Jika anda lihat daripada statistik dan analitikal blog ini, anda akan dapati bahawa blog ini bukannya sentiasa mendapat trafik yang tinggi .. ada kala naik, ada kala turun. Ini menunjukkan bahawa pola pembaca sentiasa berubah. Tidak semestinya blog anda itu ramai pengikut, ia akan terus berada di puncak, dan tidak semestinya blog anda baru setahun jagung tak boleh mendapat trafik yang baik.

Blog ini misalnya, ada hari ia mendapat trafik sehingga 65,000 pageviews sehari ... hari yang lain pula cuma mendapat sekitar 5,000 - 10,000 sehari. Ia sesuatu yang sukar dijangka, namun pasti .. setiap faktor kenaikan dan penurunan trafik ke blog mesti ada penyebabnya.

Untuk itu, blogger seharusnya prihatin dengan perubahan ini dan melihat cara yang terbaik untuk blog terus kekal mendapat trafik yang baik.

Ada banyak cara untuk meningkatkan trafik blog, tetapi amatan saya kali ini melihatkan betapa kuatnya pengaruh laman sosial. Laman sosial seperti Facebook boleh memberikan trafik ke blog pada satu tahap yang di luar jangka andai kita tahu apa yang diinginkan oleh pengguna laman sosial ini.

[Baca] Peluang Berkongsi Trafik Blog - Sertai Bloglist Ramadan 2016 Untuk Blogger Malaysia

Namun, jika anda mahukan blog anda menjana pendapatan yang baik, saya syorkan anda menumpukan sumber trafik dari enjin carian terutama daripada Google. Cuba anda lihat statistik blog ini kembali, anda mungkin perasan ada baris - Adsense Revenue, Adsense Page Impression dan Adsense Ad Units Viewed.

Nilainya lebih tinggi daripada trafik blog itu sendiri .. ini adalah kerana blog ini ada nilai untuk pengiklan di dalam Adsense, sehingga ia menjadi pilihan pengiklan.

Seandainya anda seorang pengiklan ... dan iklan anda berada di blog ini 'menggantikan' tempat ruangan iklan Adsense tersebut ...cuba bayangkan berapa banyak kali iklan anda dilihat oleh pengunjung blog ini huhuhuhu....

Jika anda rasa kagum dengan statistik dan analitik blog ini untuk bulan April dan Mei 2016, dan fikir alangkah bagusnya andai anda boleh beriklan di blog ini, jangan segan-segan untuk hubungi saya bagi mendapatkan advertisement rate card secara percuma. Boleh email ke - blogger.hasrulhassan @ gmail.com

Untuk blogger, buka Google Analytic dan lihat statistik blog anda. Perhatikan mana-mana yang memuncak, dan terus lihat entri manakah yang menyumbang trafik tinggi. 'Copy-Paste' bentuk entri tersebut .....

Semoga bermanfaat.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Fuhhh terbaik laa..telan air liur jap kita tengok Bro HH punya statistik ..

    BalasPadam
  2. berapa lama bag main blog ==

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh saya tak main2 dgn blog .. saya blogger yang serius bang .. :) sejak 2010 untuk blog ini. Tapi sejak 2007 lagi dah berblog.

      Ada beberapa blog lain lagi ...

      Padam
  3. Hari yg saya PM tu dpt 23k esoknya 66k pv :-) Dapatlah merasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah tahniah .. saya seronok mendengarnya.

      Padam
  4. wah...jauh betul dari traffic kita..sehari baru 2k ke bawah...hehhe

    BalasPadam
  5. wow! Kagum saya dengan Hasrul Hassan. Walau berblog dengan Blogger.com tapi content tetap mantap.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement