Setiap tahun, kami akan mendapatkan sejumlah kasut dengan harga yang terbaik, terendah menerusi jualan gudang Pallas ini. Stok untuk kasut sekolah anak-anak siap dibeli untuk 1-2 tahun, kadang kalau harganya antara RM1-RM5, kami akan beli dengan banyak untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Syoknya Jualan Gudang Kasut Pallas
Setiap tahun, gudang Pallas ini akan menjalankan jualan besar-besaran sebanyak 2 kali. Ia samada di akhir/awal tahun dan juga di pertengahan tahun. Macam kali ini, saya dan keluarga sempat mendapatkan beberapa pasang kasut untuk persiapan persekolahan tahun 2017 selain membeli kasut untuk hari raya. Harga yang dijual dari semurah RM5 - RM10 sepasang.
[Baca] Jualan Gudang - Berbelanja Cara Jimat
Untuk kasut yang 'canggih' sikit ... ada yang berharga sehingga RM30 sepasang. Walaupun begitu, ia tetap separuh harga dari harga pasaran. Bayangkan ada kasut yang dijual di kedai berharga RM100 - RM200 hanya dijual antara RM30 - RM50 sepasang sahaja di jualan gudang kasut Pallas ini.
Kebetulan Nampak Banner Iklan Jualan Gudang Pallas
Saya dapat tahu pun sebab kebetulan ternampak banner jualan gudang ini di salah satu simpang di Parit Buntar. Kalau jenis orang yang tak layan banner kat simpang-simpang jalan, memang tak akan perasan la...huhuhu...Alhamdulillah, kami anak beranak dah berjaya borong lebih daripada 10 pasang kasut dari jualan gudang kasut Pallas ni. Rezeki Allah S.W.T menggerakkan hati saya untuk melihat banner iklan ... langsung diberikan laluan untuk berjimat cermat dengan jualan gudang ini.
Kasut sekolah untuk tahun depan dah ada, kasut untuk raya 2016 pun dah ada. Syukur. Anak-anak pun semua suka dan teruja.
alhamdulillah...boleh berjimat..yang murah tidak semestinya tidak bagus...asalkan cermat in sya Allah boleh bertahan lama..
ReplyDeleteboleh juga berjimat kan..
ReplyDeletewow berbaloi2
ReplyDeleteBagus nih...
ReplyDeleteMenarik juga ni ..
ReplyDeletedulu besa p..tapi kali ni tak sempat nak p..ada banyak qeja..tu pun jualan gudang pasai cadar patchwork x p..terpaksa suruh org lain belikan
ReplyDeletepergh murah habis
ReplyDeletesiapa peminat kasut palas harus pergi borong ni
ReplyDeleteuntunglah, boleh jimat banyak tu
ReplyDeletemenarik! boleh berjimat cermat ;)
ReplyDeleteBagi yang bijak berbelanja, jualan murah, jualan penghabisan stok dengan harga yang berkali ganda lebih murah ni, pasti ditunggu-tunggu.
ReplyDeleteAda sesetengah orang menganggap jualan murah begini, barangnya tidak berkualiti. Saya sendiri tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan pilihan jika ada jualan murah.
Menarik sangat, jika jualan masih ada dan berpeluang nak juga ke sana... boleh buat stok :D
ReplyDeleteTapi susah nk tahu ada jualan gudang ni, kena rajin berjalan baru nampak.
Deletewow, shoping day haaa nak ramadhan banyak shoping banyak berkah gaya modern
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.