Sebagai salah seorang bekas penyelidik yang ada kaitan dengan keselamatan jalanraya; saya sering melihat statistik serta gambar berkaitan kemalangan jalanraya yang menyanyat hati. Malah, diri saya sendiri pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya yang hampir meragut kesemua anggota keluarga termasuk ibu saya sendiri. Jika anda seorang pembaca tegar blog ini, tentu sudah mengetahui akan kesah ini yang berlaku ketika isteri saya mengandungkan anak sulong kami.
11 Tips Keselamatan Sebelum Memandu Pulang Berhari Raya
Rancang Perjalanan Anda
Adalah penting untuk merancang laluan dan jalan yang perlu diikuti sebelum memulakan perjalanan. Anda dinasihatkan untuk fikirkan lokasi berhenti rehat jika perlu (rehat dan rawat). Sebagai tips tambahan, ambil masa untuk berehat selepas memandu selama 2 jam. Carilah kawasan rehat dan rawat yang selesa untuk anda beristirehat. Dengan merancang perjalanan, anda tidak akan teragak-agak sekaligus menjimatkan masa perjalanan anda, selain memastikan bahawa anda tiba ke lokasi dalam keadaan selamat. Gunakan peta jika perlu.Dapatkan Rehat Secukupnya
Cuba elakkan memandu kenderaan pada lewat malam atau awal pagi kerana waktu tersebut merupakan waktu untuk merehatkan tubuh (waktu tidur). Memandu selepas makan terlalu kenyang, atau selepas bekerja boleh menyebabkan anda cepat merasa letih dan mengantuk. Jika mahu merancang perjalanan lewat malam atau awal pagi, pastikan tubuh sudah mendapat rehat secukupnya - tidur dahulu sebelum memulakan perjalanan.Elak Ambil Minuman atau Ubat Boleh Beri Kesan Mengantuk
Cuba elakkan dari mengambil minuman serta ubat-ubatan yang boleh memberikan kesan mengantuk sebelum memandu. Makanan yang terlalu berlemak serta minuman yang terlalu manis dipercayai akan membuatkan diri anda mudah terasa mengantuk dan letih.Hindarkan Perasaan Negatif
Periksa Kenderaan Sebelum Memulakan Perjalanan
Aspek yang penting agar perjalanan anda lancar. Periksalah kenderaan anda untuk perkara berikut - minyak pelincir (minyak hitam), air bateri, angin tayar kenderaan, air radiator, tali kipas (radiator dan aircond). Pastikan juga semua lampu isyarat termasuk lampu brek dan lampu kecemasan menyala dengan baik. Brek kenderaan juga mesti diperiksa supaya berfungsi dan berkeadaan baik. Jangan dilupa untuk lihat pengelap cermin kenderaan anda. Anda tentu tidak mahu bermasalah memandu dalam hujan.Tempat Duduk Pemandu
Pastikan tempat duduk pemandu dalam keadaan di mana anda boleh melihat dengan jelas pemanduan anda.Cermin Pandang Belakang serta Sisi
Pastikan kesemua cermin kenderaan, terutama cermin pandang belakang, serta sisi berada di dalam keadaan baik. Bersihkan ia, dan elakkan ia berkabus.First Aid Kit dan Pemadam Api
Ramai pemandu dan pemilik kenderaan tidak menyediakan alat bantuan kecemasan ini. Malah, saya pasti tidak ramai yang meletakkan alat pemadam api mini di kenderaan masing-masing. Ia mungkin tidak akan digunakan, tetapi elok dari bersedia daripada kalut andai berlaku kejadian tidak diingini. Saya sendiri menyediakan first-aid-kit dan alat pemadam api untuk kenderaan yang boleh anda beli di pasaraya dan kedai seperti DIY. Harganya pula dari serendah RM10 - RM200 satu set lengkap.Tayar Gantian
Tayar gantian adalah sama penting dengan tayar yang sedang digunakan oleh kenderaan anda. Kena pastikan tekanan angin yang mencukupi, dan bunga tayar dalam keadaan elok. Ada di antara kita yang pernah menggunakan tayar gantian sebelum ini, tetapi terlupa untuk menukarkannya dengan tayar yang baik. Ini antara banyak kesilapan pemandu yang suka ambil mudah mengenai keselamatan kenderaan.Minyak/Petrol Kenderaan
Servis Kenderaan
Mahu pastikan kenderaan dalam keadaan tip top, diperiksa oleh mereka yang bertauliah .. maka pastikan kenderaan anda diservis dengan baik terlebih dahulu. Jangan tangguh-tangguh untuk servis kenderaan anda secara berjadual, mungkin anda akan selamat dalam perjalanan .. tetapi sanggupkah anda berhabisan ribuan ringgit seandainya kenderaan anda rosak di tengah jalan terutama semasa musim perayaan ini? Servislah kenderaan anda di pusat servis berdekatan.[Baca] Promosi Servis Kenderaan oleh Carama
Begitulah tips keselamatan memandu di hari raya yang ingin saya kongsikan. Malah, tips ini perlu anda ikuti sepanjang masa seandainya mahu memandu untuk perjalanan jauh. Jangan abaikan kerana keselamatan dan nyawa bukanlah sesuatu yang murah. Sekali terkena ... uhh ...
Beringat sebelum terpaksa melalui masalah yang boleh anda elak.
bagus tips nie
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.