Apa perlu buat jika anda terlupa membayar Zakat fitrah? Dalam sibuk nak menyambut ketibaan hari raya, saya fikir tentu ada di antara umat Islam yang terleka, lalu lalai untuk menunaikan tanggungjawab wajib membayar zakat fitrah. Ya, memang ia berlaku ... saya sendiri hampir-hampir terlupa untuk menunaikan rukun Islam ini.

Ketika itu, saya masih lagi bekerja dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, USM Nibong Tebal ... baru kahwin kalau tak silap. Hanya kerana sibuk nak membuat persediaan untuk berhari raya pertama kali bersama isteri dan anak sulong yang baru lahir, saya hampir-hampir terlupa untuk membayar zakat fitrah. Hmm nasib baiklah ketika itu, Amil yang mengutip zakat fitrah ini boleh bertemu di rumah sebelum sholat sunat Hari Raya.

Apa Perlu Buat Jika Terlupa Bayar Zakat Fitrah?

Apa Perlu Buat Jika Terlupa Bayar Zakat Fitrah?
Semasa bujang, saya pernah leka untuk tunaikan rukun Islam ini. Dek kerana bertangguh-tangguh, saya terlupa untuk membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan. Akibatnya, saya melunaskan zakat selepas sholat Aidil Fitri .. yang sudah dikira waktu haram, dan pembayaran itu sudah dianggap sebagai satu amalan sedekah biasa sahaja.

Kerana Mengejar Waktu Afdal

Kalaulah ketika itu saya bayar zakat lebih awal ... tentu semua kejadian yang disesali itu tidak berlaku.

Ibnu Abbas ada menyatakan: "Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah (dengan tujuan) untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tiada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberi makanan kepada orang miskin."  (H.R Abu Daud)

Sebenarnya, saya cuba nak dapatkan waktu paling baik dan paling utama untuk bayar zakat. Waktu atau masa wajib membayar zakat fitrah, adalah selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan dan sebelum mendirikan solat Aidil Fitri, kerana dalam tempoh tersebut itulah ... waktu yang paling utama di sisi Allah.

Namun, apakan daya .. ntah macamana, saya terlanjur lupa .. sifat manusia yang telah banyak membuatkan manusia kerugian. Selepas itu .. saya mula rasa serik dan ambil langkah untuk bayar awal.
Bayar zakat selepas waktu solat sunat Aidil Fitri apa hukum?
Menurut ulama, fasa makruh membayar zakat adalah selepas mendirikan solat Aidil Fitri dan fasa haram selepas terbenamnya matahari satu Syawal, yakni masuknya dua Syawal. Andai selepas waktu itu membayar atau tidak, maka sudah dikira berdosa, samalah juga dengan dosa meninggalkan sholat yang menjadi rukun Islam.

Wajib Qada Bayar Zakat Fitrah

Walaupun begitu, itu tidak bermakna tidak wajib mengqadakannya. Dalam hal ini, andaikata anda terlupa nak membayar zakat, hendaklah dengan segera mengeluarkan zakat fitrah tersebut, walaupun sudah masuk waktu haram. Kala itu, zakat fitrah sudah dianggap sebagai qada di sisi Allah S.W.T.

Saya kongsikan dan tulis agar menjadi ingatan buat saya dan mungkin segelintir yang membaca. Selepas ini, sebagai langkah berjaga-jaga, eloklah zakat fitrah itu dibayar awal.

Andai kata mahu kejar waktu afdal, pastikan di tempat anda .. ada Amil yang mudah untuk ditemui bagi membayar zakat fitrah sebelum tunaikan sholat sunat Aidil Fitri. Kadang di sesetengah tempat, di masjid .. Amil akan berada di perkarangan masjid/surau untuk mudahkan para jemaah yang belum tunaikan zakat untuk melakukannya. Dan wajar saya ingatkan juga, adalah lebih baik membayar zakat mengikut tempat kita mencari rezeki ... dan bukan membayar zakat mengikut kadar yang ditetapkan di lokasi kampung halaman.

Mudah-mudahan entri ini dapat berikan sesuatu kepada anda semua, in Sha Allah.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement