Ramai yang kata tahun 2016 adalah tahun biru. Bukan bermaksud ia ada kaitan dengan mana-mana parti politik di Malaysia, tetapi kerana mungkin warna ini lebih menyerlah pada tahun ini. Ramai rakan saya samada rakan blogger, rakan IM, rakan FB serta rakan-rakan di Instagram yang berkongsi gambar baju raya berwarna biru.
Baju Raya Sama Dengan Kaler Perodua Bezza Premium
Walaupun biru itu ada pelbagai variasinya, ia tetap biru .. blue kaler.Kalau ikut kajian psikologi dan ilmu insan, warna ada maksud tersendiri, untuk warna biru bagi menunjukkan karektor, berikut dinyatakan rahsia di sebalik warna tersebut:
Rahsia Warna Biru Pada Watak
Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.Lagi maksud tersirat dari warna biru ...
Biru Lembut
- Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
- Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
- Teliti dalam teguran.
- Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
- Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
- Ingin suasana selamat dan mendamaikan.
Biru Gelap
- Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
- Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
- Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
- Mudah terganggu dengan keadaan bising.
- Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.
[Jamu Mata] 20+ Gambar Perodua Bezza Advance 1.3
Walaupun baju dan pakaian saya banyak warna gelap seperti hitam (sebab kulit saya gelap), saya tetap menyatakan bahawa warna biru adalah warna kegemaran saya... ekekek...
Anda pakai baju raya warna biru jugak ke? Kalau ada .. cuba lihat rahsia warna biru di atas tu .. ada apa-apa persamaan tak dengan diri anda?
Kredit Gambar: Careta.my
wow cantik colour nie
BalasPadamNampak besar Perodua Bezza ni ;)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.