Lepas Raya Aidil Fitri 1437H, saya ajaklah adik dan emak saya, termasuk adik ipar saya untuk join saya anak beranak pergi memancing di D Chalet Amir (Amir Chalet), Kampung Baru, Ayer Tawar, Perak. Saya minta adik ipar saya yang kerja di Toyota Taiping untuk booking dua buah chalet, satu yang ada dapur dan kipas, dan satu lagi tiada dapur tetapi berhawa dingin. In Sha Allah, memang selesalah untuk 3 buah keluarga.

Sebenarnya emak saya dah lama dok sebut-sebut nak tengok saya naikkan ikan. Asyik post gambar je kat WhatsApp, mana nak percaya .. huhu. Adik saya pun, memang dah lama nak ajak saya memancing bersama-sama ... ini merupakan aktiviti kami sejak kecil untuk lepak sama-sama. Dulu, adik saya memang champion la bab memancing ni .. tapi selepas dah kahwin ni, jarang dilakukan aktiviti memancing .. uhh sibuk kot kerja sebagai seorang Pegawai Polis Trafik .. hoho.

Bawa Adik dan Emak Memancing di D' Chalet Amir, Kg Baru Ayer Tawar

Seminggu selepas raya, saya pun bawa emak, adik serta ipar bermalam di D' Chalet Amir, Kampung Baru Ayer Tawar. Tempat ni dah jadi sebagai tempat 'keramat' bagi diri saya sebab sering menaikkan ikan. Paling terbaru (sebelum post ini), saya berjaya menaikkan tiga ekor ikan Siakap bersaiz pasar dalam jarak masa singkat. Itu merupakan pengalaman paling manis saya .. sebab selama lebih 20 tahun saya memancing .. tak pernah lagi berjaya menaikkan ikan Siakap liar ... huhu...

Bangga Wooo ..

Kalau anda seorang kaki pancing, anda akan tahu betapa bestnya dapat menaikkan ikan ini - si Raja Muara. Ia bagai satu tahap atau level dalam permainan game gitu .. kira dah tahap lepasi level 10 .. huhu.

Rezeki agak baik, cuaca semasa kami tiba di chalet ini nampak baik. Walaupun kelihatan seperti nak hujan, alhamdulillah .. saya tidak silap memilih tarikh. Rasa rugi juga kalau kejadian sebelum ini berulang .. huhu .. datang nak memancing tetapi sebab hujan lebat, dengan angin kuat .. petir lagi .. uhhh memang duduk dalam bilik berpelukan la.
Air laut juga nampak tenang. Jadi, ia satu kelebihan untuk pemancing macam saya untuk menjerat ikan Siakap yang memang banyak terdapat di kawasan sekitar chalet ini.

Pancing Mula Mengena ...

Tiba lebih kurang pukul 3 petang. Ambil masa lebih kurang sejam juga saya nak siapkan pancing, mata kali, umpan untuk saya dan anak-anak.

[Baca] Tak tahu nak dapatkan umpan? Baca artikel ni - Lokasi Nak Beli Umpan, Udang Hidup di Lumut

Adik saya pula tiba dalam jam 5 petang. Sampai-sampai je terus capai pancing atau joran yang dah disediakan untuknya ... huhuhu .. sungguh gelojoh.
Lebih kurang dekat jam 6 petang, saya berjaya menaikkan hasil yang pertama. Alhamdulillah, seekor Siakap bersaiz kecil ... kurang 500 gram. Saya hanya gunakan teknik pancingan berpelampong, dengan umpan udang hidup.

Melompat-lompat Siakap di atas air untuk lepaskan diri. Memang hebat aksi ikan Siakap ni. Patutlah digelar Raja Muara. Melentik batang pancing saya digasak ikan Siakap ... 

Kemudian, sedekat nak senja .. saya berjaya menaikkan seekor lagi ikan Siakap, kali ini dengan saiz yang lebih besar, lebih daripada 500 gram. Dan ketika itu juga, adik ipar saya dari Taiping sampai ke Chalet Amir .. huhu.. bagai tak percaya saya telah menaikkan dua ekor Siakap pada petang itu .. keh keh keh .. (bangga kembang kuncup lubang idung .. )
Selepas itu ... seekor demi seekor saya berjaya menaikkan Siakap ... dan paling best, saiznya juga semakin membesar. Masing-masing dok kagum macamana saya boleh naikkan sekor demi sekor ikan Siakap dengan mudah ... huhuhu .. emak saya pun kagum dengan pencapaian anak sulongnya ini .. hahaha... wife saya lagilah ... macam terkejut je sebab saya ni dah lama tak dapat ikan sebanyak ini, dan sebesar saiz yang ada.

Alhamdulillah, ini rezeki saya, anak-anak, isteri, emak dan adik saya.

Adik saya pula berjaya menaikkan ikan Gerut Gerut, serta Tetuka. Manakala anak-anak dan adik ipar saya dapat naikkan beberapa ekor ikan Kitang, itupun dah nak balik dah keesokkannya.

Tercapai Hasrat Bawa Emak dan Adik Memancing Bersama

Tercapai hasrat nak bawa adik dan emak saya ke Chalet Amir ni. Emak saya memang puas hati dapat datang dan lihat anak-anak, dan cucu-cucunya memancing. Walaupun ada ketika emak saya dok 'bebel' kenapa lambat dapat ikan .. tapi lepas saya 'sedekahkan' 3 ekor Siakap ... emak saya dah mula berkira-kira nak buat resepi apa dengan ikan Siakap yang telah dipancing ...

Uhh siap hantar gambar kat WhatsApp tu .. hehehe...

Di lain post, saya akan tunjukkan gambar hasil pancingan kami pada hari tersebut ... so jangan lupa follow eh.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. uish..port baik ni memancing..lokasi pun menarik..tapi, soalan saya, air tu ada pasang surut tak? kalau dia naik, cecah tak ruang atas tempat duduk tu. hahaha...saya ni memang tak pandai bab air segala ni, mancing pun tak minat. kalau tengok orang mancing tu, suka la..hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  2. Bagus sangat sapa yang suka memancing nih.

    BalasPadam
  3. Cantik. Boleh plan ni untuk cuti hujung tahun.

    BalasPadam
  4. Santai betullah style mancing tu hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement