Satu kejayaan bagi blog ini kerana telah berjaya mencapai jumlah pageviews yang agak baik iaitu 19 juta pageviews sejak dijenamakan semula pada Ogos 2010. Bermula sebagai sebuah blog kerdil yang cuba menempatkan kedudukan dalam dunia blog Malaysia, akhirnya dikenali ramai sehingga melekat kata kunci Panduan Blogger selama beberapa bulan.

Daripada sebuah blog unggu/jingga menjadi sebuah blog berwarna oren yang menjadi tema warna komersil sehingga sekarang. Walaupun melihat daripada senarai follower yang ada - tidaklah begitu ramai, cuma sekitar 4470 sahaja. Mungkin pencapaian mendapat jumlah hits sebegini adalah disebabkan oleh perkongsian beberapa entri yang berjaya menjadi viral di laman sosial.

Blog Capai 19 Juta Pageviews

Blog Capai 19 Juta Pageviews
Juga kerana kesanggupan beberapa rakan blogger yang telah kongsi (share) beberapa entri ini sehingga mendapat jumlah klik yang agak banyak, dan ada di luar kebiasaan. Mungkin juga kerana saya menggunakan teknik berbayar untuk mendapatkan jumlah hits untuk sesetengah post berbentuk review dan advertorial.

Ada banyak kemungkinan dan sumber yang menjayakan pencapaian blog menerima pageviews 19 juta ini.

Terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi singgah dan baca blog ini. Terima kasih kerana anda adalah penyumbang kepada jumlah pageviews yang amat memberansangkan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan di media sosial, admin group FB dan admin beberapa page yang mempunyai likers yang tinggi.

[Baca] Rahsia Mendapatkan 40,000 PV Sehari

Terima kasih kepada media massa iaitu TV3, Harakah Daily, Utusan Malaysia, Majalah Jelita serta rakan blog The Vocket yang memberikan pendedahan mengenai kewujudan blog ini serya menyiarkan semula artikel yang telah ditulis.
Blog Capai 19 Juta Pageviews
Blog capai 19 juta pageviews bukanlah hebat mana, banyak dah blog peribadi yang dah dapat sehingga berpuluh-puluh juta pageviews termasuklah rakan blogger Denaihati.com, Benashaari.com dan Mat Gebu menerusi TiffinBiru.com

Peluang pengiklanan di blog ini boleh rujuk di sini - Peluang Pengiklanan Blog

Anda juga boleh capai jumlah pageviews yang tinggi untuk blog anda. Apa yang perlu dilakukan adalah kerajinan, ilmu, istiqomah dan jangan cepat putus asa.

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah bro... semoga terus maju jaya... Buat kontest bro.. boleh kongsi rezeki2 yang ada...hehe..

    BalasPadam
  2. wah!! tahniah sifu! bintang mata saya tengok pageview banyak macam tu..alhamdulilah! semoga blog hasrulhassan terus maju dan berjaya!

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  3. Woww, alhamdulillah. tahniah HH..")

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Tahniah semoga terus kekal sebagai otai blogger :D

    BalasPadam
  5. Tahniah Bro HH. LeYa seronok baca perkongsian di sini

    BalasPadam
  6. Tahniah! Nak ikut jejak juga =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement