Siapa yang baru beli rumah? Dah bayar cukai pintu dan cukai tanah tak? Haa .. jangan tak tahu, ada dua cukai wajib bayar setiap tahun bagi mereka yang telah memiliki rumah sendiri. Tak kiralah, rumah banglo ke, rumah semi-detached ke, rumah teres ke, rumah pangsa ke .. dua cukai ini wajib anda bayar. Jika tidak, rumah anda mungkin kena denda dan paling haru kena sita dan dilelong oleh pihak berkuasa. Jika anda dah beli rumah, jangan lupa untuk bayar cukai-cukai ini.

Nak tahu satu cerita tak? Saya dan isteri di awal-awal pembelian rumah kami, tidak tahu menahu pun mengenai dua jenis cukai ini. Selepas beberapa tahun kami duduk horey-horey di rumah yang dibeli dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan .. barulah kami sedar bahawa dua cukai ini perlu dibayar.

Dah Beli Rumah, Jangan Lupa Cukai Tanah

Nasib baiklah cukai pintu ni ada surat sampai ke rumah .. tapi cukai tanah .. uh... memang tak tahu langsung. Ini mungkin disebabkan kami menggunakan alamat rumah sewa lama kami untuk urusan tersebut, akibatnya kami terpaksa membayar denda dan juga cukai tanah yang telah tertunggak.

Tips Penting - Pastikan anda kemaskini alamat terkini untuk setiap cukai ini, kalau tidak .. bil takkan sampai dan kemungkinan anda akan terlepas bayar. Jangan sampai rumah kena lelong .... huhu

Hmm .. banyak juga kena bayar. Terkejut kena bayar sampai beratus-ratus ringgit .. hoho. Tapi, nasib baiklah cukai tanah ini dibayar tahunan, kalau tak naya juga tu ... berlainan dengan cukai pintu, yang juga dikenali sebagai cukai tafsiran; bil akan tiba dua kali dalam setahun iaitu pada Januari (setengah tahun pertama) dan kemudiannya Julai (setengah tahun kedua). Cukai pintu diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah. Manakala untuk cukai tanah ianya diuruskan oleh Pejabat Tanah dan Galian.

Cara Nak Bayar

Selalunya untuk cukai pintu, anda boleh bayar secara online menerusi perkhidmatan perbankan online atau FPX. Malah, sesetengah pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah ada menyediakan portal khas untuk pembayaran online cukai pintu. Anda boleh membayar samada menggunakan kad debit atau kad kredit. Pembayaran juga boleh dilakukan di kaunter sesetengah bank komersil dan juga di pusat pembayaran cukai tafsiran di pejabat Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Untuk cukai tanah, anda boleh menggunakan perkhidmatan online yang disediakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di sini - Pembayaran Cukai Tanah Atas Talian

Di situ ada pautan tersedia mengikut negeri masing-masing di mana ada disediakan saluran untuk pembayaran secara online.

Saya berikan contoh bil untuk dua cukai yang dimaksudkan ...

Contoh Cukai Pintu (Cukai Tafsiran)

Contoh Bil Cukai Tanah

Untuk melakukan pembayaran bagi setiap cukai, apa yang perlu anda ada adalah maklumat atau nombor akaun bagi setiap cukai tersebut. Anda boleh rujuk pada surat perjanjian pembelian rumah, atau terus rujuk pada agensi berkaitan. Untuk cukai tanah, anda perlu tahu nombor geran anda supaya maklumat akaun cukai boleh diperolehi.

Ingat ye, dah beli rumah .. jangan lupa untuk bayar cukai. Ada dua jenis cukai, khusus untuk mereka yang tinggal di kawasan perbandaran iaitu Cukai Pintu (Tafsiran) dan juga Cukai Tanah. Nilai bagi setiap cukai berbeza mengikut negeri .. jadi anda tak boleh nak bandingkan. :)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement