Nak tahu satu cerita tak? Saya dan isteri di awal-awal pembelian rumah kami, tidak tahu menahu pun mengenai dua jenis cukai ini. Selepas beberapa tahun kami duduk horey-horey di rumah yang dibeli dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan .. barulah kami sedar bahawa dua cukai ini perlu dibayar.
Dah Beli Rumah, Jangan Lupa Cukai Tanah
Tips Penting - Pastikan anda kemaskini alamat terkini untuk setiap cukai ini, kalau tidak .. bil takkan sampai dan kemungkinan anda akan terlepas bayar. Jangan sampai rumah kena lelong .... huhu
Hmm .. banyak juga kena bayar. Terkejut kena bayar sampai beratus-ratus ringgit .. hoho. Tapi, nasib baiklah cukai tanah ini dibayar tahunan, kalau tak naya juga tu ... berlainan dengan cukai pintu, yang juga dikenali sebagai cukai tafsiran; bil akan tiba dua kali dalam setahun iaitu pada Januari (setengah tahun pertama) dan kemudiannya Julai (setengah tahun kedua). Cukai pintu diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah. Manakala untuk cukai tanah ianya diuruskan oleh Pejabat Tanah dan Galian.
Cara Nak Bayar
Selalunya untuk cukai pintu, anda boleh bayar secara online menerusi perkhidmatan perbankan online atau FPX. Malah, sesetengah pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah ada menyediakan portal khas untuk pembayaran online cukai pintu. Anda boleh membayar samada menggunakan kad debit atau kad kredit. Pembayaran juga boleh dilakukan di kaunter sesetengah bank komersil dan juga di pusat pembayaran cukai tafsiran di pejabat Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.Untuk cukai tanah, anda boleh menggunakan perkhidmatan online yang disediakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di sini - Pembayaran Cukai Tanah Atas Talian
Di situ ada pautan tersedia mengikut negeri masing-masing di mana ada disediakan saluran untuk pembayaran secara online.
Saya berikan contoh bil untuk dua cukai yang dimaksudkan ...
Contoh Cukai Pintu (Cukai Tafsiran)
Contoh Bil Cukai Tanah
Ingat ye, dah beli rumah .. jangan lupa untuk bayar cukai. Ada dua jenis cukai, khusus untuk mereka yang tinggal di kawasan perbandaran iaitu Cukai Pintu (Tafsiran) dan juga Cukai Tanah. Nilai bagi setiap cukai berbeza mengikut negeri .. jadi anda tak boleh nak bandingkan. :)
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.