Dugaan sehari sebelum Aidil Fitri 2016. Sesuatu telah berlaku kepada diri saya sehari sebelum tibanya 1 Syawal, kaki saya tetiba jadi bengkak dan sakit. Ini adalah dugaan yang telah saya terima pada raya 2016. Saya saspek ia berpunca daripada masalah penyakit Diabetes yang saya alami sejak dua tahun lalu.

Dugaan ini berlaku semasa saya berada di kampung isteri iaitu di Parit, Perak. Dek kerana kesakitan dan bengkak kaki yang saya alami, hari raya pertama Aidil Fitri terpaksa disambut di Parit. Kalau ikutkan, saya dan famili akan beraya hari pertama Aidil Fitri 2016 di kampung atau rumah emak saya di Batu Gajah, Perak. Terpaksalah saya whatsApp gambar ibu jari kaki yang bengkak kepada emak saya yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari Pandan Indah, Kuala Lumpur untuk berhari raya di kampung....huhuhu...

Dugaan Kecil Allah S.W.T Sehari Sebelum Raya

Dugaan Kecil Allah S.W.T Sehari Sebelum Raya
Saya tak tahu punca sebenar, samada salah makan atau terkena gigitan serangga. Kaki saya pada bahagian ibu jari kaki sebelah kiri tetiba sakit menusuk-nusuk. Perit. Pedih. Berdenyut. Bila saya beritahu isteri, terus dia jadi risau ..maklumlah bab sakit kaki untuk pesakit Diabetes adalah sesuatu yang menakutkan.

Isteri Bawa Saya Mendapatkan Rawatan di Klinik Kesihatan Kerajaan

Isteri saya yang memang penyanyang ini ajak saya ke Klinik Kesihatan Parit, bagi mengetahui punca ibu jari saya yang semakin membengkak dan sakit.

Saya cuba periksa sendiri, samada ada kesan gigitan serangga, tetapi tak ada. Saya tak rasa gatal-gatal .. tetapi lebih kepada rasa sakit yang menyucuk dan perit. Jadi, kesimpulan saya, ia bukan berpunca dari gigitan serangga. Lagipun, ketika berlaku .. saya sedang berbaring di atas tilam membaca buku di dalam rumah Pak Mertua saya.
Dugaan Kecil Allah S.W.T Sehari Sebelum Raya
Saya pun pergi ke Klinik Kesihatan Parit dibawa oleh isteri saya.

Saya diperiksa oleh seorang doktor lelaki muda yang peramah. Sebelum itu, saya telah membuat ujian kandungan gula dalam darah, yang dilakukan oleh jururawat yang bertugas ... dan mendapati bahawa bacaan gula (glukos) dalam darah adalah 18mmol. Semua terkejut .. isteri saya pula geleng kepala ... huhuhu. Memang tinggi buat seorang lelaki kacak seperti saya.
Kaki bengkak diabetes
Doktor memberitahu bahawa agak sukar nak tahu punca sebenar kaki saya bengkak. Beliau agak terkejut apabila mendapati saya sebagai seorang pesakit Diabetes tidak diberikan ubat yang lengkap - terutama ubat berkaitan saraf yang mungkin menjadi punca kenapa ibu jari kaki kiri saya membengkak dan sakit secara tiba-tiba.

Bukan Masalah Gout

Saya juga tidak ada masalah Gout yang menjadi diagnosis awal doktor tersebut, yang berkelulusan dari universiti di Russia, dan bekas pelajar Sekolah Agama Raja Tun Azlan Shah, Bota.

Saya beritahu bahawa selama saya mendapat rawatan dan ubat dari Hospital Parit Buntar saya tidak dibekalkan pun dengan ubat yang dimaksudkan. Lalu, doktor memberikan preskripsi untuk ubat saraf yang sepatutnya dibekalkan bersama ubat kencing manis.  Turut diberikan ubat tahan sakit serta ubat untuk kurangkan bengkak.

Lega Selepas Sehari Menerima Rawatan

Alhamdulillah, dalam masa sehari sahaja, bengkak di ibu jari kaki kiri saya mengurang walaupun rasa sakit berdenyut-denyut masih terasa. Saya rasa sangat lega.

Terima kasih kepada isteri yang sangat concern, dan kembali memberikan keceriaan Syawal kepada saya. Kalau tak, mau saya menderita dengan ibu jari yang bengkak dan kesakitan. Uhhh .. sakit wooo nak sujud ketika sholat ... begitulah ujian dan dugaan kecil yang Allah S.W.T berikan kepada saya.

Kalau ikutkan ini bukan pertama kali saya diuji di hari raya. Pernah terkena cirit birit dan pernah hadapi banjir di pagi raya. Apa yang berlaku tidak terbanding dengan ujian dan dugaan Allah S.W.T kepada mereka yang rasanya lebih perit daripada apa yang saya alami ini.

Terima kasih kepada sanak-sedara serta rakan-rakan yang mendoakan kesihatan saya ketika berlakunya dugaan ini.

Alhamdulillah. Ini dugaan kecil yang Allah S.W.T berikan untuk ingatkan diri saya. Dan saya perlu bayar fidyah dan juga ganti puasa untuk tahun 2016.

 

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement