Falsafah Baju Melayu Tersirat Di Sebalik Butang. Cuba lihat dalam almari pakaian anda ... ohh bukan sekrang, tapi cuba anda ingat balik .. ada berapa helai atau pasang baju Melayu berada di dalam almari anda, tak kiralah samada ia digantung ataupun dilipat? Saya pasti ia menjadi pakaian 'minoriti' yang menghuni almari besar anda di rumah. Saya? Saya cuma ada kurang dari 10 pasang .... dan kebanyakkannya saya pakai ketika Hari Raya dan Solat Jumaat. Dan kadangkala dipakai sewaktu kenduri kahwin atau majlis-majlis keagamaan.

Ya, begitulah realiti bagi kebanyakkan orang Melayu terutama lelaki sekarang; pakaian hebat ini bagai dilupai pula.

Falsafah Baju Melayu Tersirat Di Sebalik Butang

Falsafah Baju Melayu Di Sebalik Butang
Mengikut beberapa fakta sejarah, baju Melayu sudah berusia lebih kurang 700 tahun. Ini dikira sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444), memberi titah, 'dilarang memakai cara Atas Angin (Arab termasuk China), cara Keling (ga/gi)....' (Sejarah Melayu). Sebaliknya apabila baginda menunaikan fardu solat Hari Raya, baginda menyarung baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin)).

Dalam Sejarah Melayu dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat Melaka adalah singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar Melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju Melayu seperti sekarang.

Tetapi apa yang kita lihat sekarang, baju Melayu dah bermacam-macam fesyen. Belum lagi bercerita pasal warna ... perghhh ada yang berkilauan di malam hari. Tapi, seperti saya katakan sebelum ini, ia hanya dipakai bukan sebagai pakaian harian. Ia dipakai bila diperlukan sahaja.

Dua Jenis Baju Melayu Berbutang

Falsafah Baju Melayu Di Sebalik Butang
Baju Melayu .... selalunya kita akan melihat 2 jenis fesyen umum - Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Persoalannya kenapa baju Melayu Cekak Musang berhias lima butir kancing atau butang? Dua butir bertindih di cekak leher, dan diikuti dengan tiga butir di bahagian bawah (belahan).

Mengapa tidak sebaliknya atau dibuat kurang atau lebih?

Menurut seorang bekas budayaawan dari UKM, dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat Melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan di antara pasangan suami isteri sama juga seperti ayah ibu.

Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka iaitu sulung, tengah dan bongsu. Ini sekadar pandangan umum. Jadi, bagaimana kalau anak mereka hanya satu atau lebih lima orang?

Pendapat dari Prof. Azah Aziz (Mak Engku), menyangkal pendapat di atas; sebenarnya jika tujuh butir adalah untuk kalangan bangsawan atau raja di istana! Dan kurang dari itu adalah menunjukkan rakyat biasa.

Butang Disamakan Seperti Lok Keris Melayu

Dalam hal ini kita juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris iaitu keris berlok 3 - 11. Lok 11 ialah milik Sultan iaitu pemerintah termasuk Ratu, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata. Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tingkat. Selain itu ada pendapat yang mengatakan bahawa, jumlah butang itu merujuk kepada 5 Rukun Islam.

[Baca] Mengenali Keris Melayu di Muzium Adat, Istana Jahar

Apapun pendapat yang diutarakan, sememangnya saya sendiri kagum dengan kehalusan dan nilai falsafah yang ada dalam kebudayaan Melayu. Ianya sangat halus dan punyai maksud tersirat di balik yang tersurat. Hakikatnya, kita sendiri semakin menjauhi falsafah-falsafah yang diterapkan oleh datuk nenek moyang kita dalam kehidupan seharian.
Makna tersirat di sebalik butang
Harapan kita ... kita mahu maju .. lalu yang lama ... berhak berada di dalam kaca berhias atau paling tidak ... gerobok yang digantungi oleh pelbagai baju lain berjenama Lap Loren, Danhil, Lebis dan seadanya......

Sumber: Komuniti Ehoza

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement