Mereka bukan setakat membina dan menjual rumah, malah mereka bersama blogger Malaysia cuba memberikan pengetahuan dan ilmu berkaitan pemilikan hartanah dan rumah untuk generasi muda (khususnya). Mereka sedar pemilikan rumah di zaman sekarang sudah semakin sukar, apatah lagi kosnya yang sudah berganda-ganda lebih mahal.
Jika anda lawati laman web mereka (http://mega3.com.my/site2/home) anda akan peroleh pelbagai info yang amat berguna berkaitan cara untuk mendapatkan rumah mampu milik di Malaysia. Itu adalah tanggungjawab sosial mereka untuk rakyat Malaysia.
Iklan Raya Aidil Fitri 1437H Mega 3 Housing
Meh saksikan video iklan raya Aidil Fitri 1437H dari Mega 3 Housing untuk tontonan anda ... ada mesej berguna yang ingin disampaikan. Ia berkaitan dengan Amad yang obses dengan media sosial dan internet ...Dan kami, blogger Malaysia in Sha Allah akan terus bersama bekerjasama dengan pihak Mega 3 Housing bagi menyampaikan maklumat, info, tips serta panduan tentang cara untuk memiliki rumah, terutama rumah mampu milik di Malaysia. Misi dan tujuan adalah untuk membolehkan ramai rakyat Malaysia terutama sekali belia memiliki rumah seawal mungkin sebelum ia menjadi sesuatu yang tidak mampu kelak ...
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.