Jika di hari biasa, bukan bulan Ramadhan, kedai Pak Mat Kerang akan penuh dengan pengunjung yang mahu bersarapan pagi - Nasi Lemak, Bihun atau Roti Canai Sabar Menunggu. Pelanggannya terdiri dari pelbagai bangsa, keturunan dan dari merata tempat berdekatan.
Kedai Pak Mat Kerang Meriah Setiap Kali Tiba Ramadhan
Saya ialah antara pengunjung setia kedai Pak Mat Kerang sejak bertahun dahulu. Malah, setiap kali Ramadhan, saya takkan lepaskan peluang untuk bersantai menikmati hidangan snek terkenal di Parit Buntar .. iaitu Kerang Rebus cicah dengan Kuah Kacang. Ia menjadi satu fenomena unik di pekan kecil Parit Buntar yang merupakan ibu daerah Kerian. Kerang Rebus bagai makanan ala pesta kerana hampir di mana-mana sahaja gerai makanan yang beroperasi di waktu malam akan hidangkan snek ini.Kedai Pak Mat Kerang tetap unggul dan menjadi antara favourite di bulan Ramadhan walaupun terdapat banyak persaingan dengan peniaga lain. Kelebihan kedai Pak Mat Kerang adalah kerana kuah Kacangnya yang merupakan resepi tradisional sejak sekian lama.
[Baca] Kedai Kerang Rebus Pak Mat Memang Lejen di Parit Buntar
Jika selalu kita makan Kerang Rebus dicicah dengan air asam, tetapi apabila bulan Ramadhan di Parit Buntar, air asam ditukar kepada Kuah Kacang. Memang nikmat sungguh rasanya ... dan rasa kesedapan Kerang Rebus cicah Kuah Kacang di kedai Pak Mat memang tidak dapat dibandingkan dengan tempat lain. Nak-nak lagi, Kuah Kacang boleh tambah tambah tanpa sebarang caj ...
Ada Laksa dan Mee Kuah, Selain Kerang Rebus
Apatah lagi, kedai Pak Mat Kerang turut menyediakan hidangan lain sebagai daya penarik tambahan seperti Laksa Penang dan juga Mee Kuah. Laksa Penang Pak Mat Kerang pun boleh tahan, ramai juga peminat Laksa yang memesan selepas selesai mengerjakan ibadah terawih.Kemeriahan di Kedai Pak Mat Kerang agak memuncak ketika hujung minggu dan seminggu hampir Syawal. Al maklumlah, ramai anak perantau yang pulang ke kampung halaman mereka sekitar Parit Buntar. Meja penuh, sana sini menunggu menu snek Kerang Rebus, Laksa dan Mee Kuah yang dijual dari serendah RM3 sepinggan.
Mula Berniaga Kerang Rebus - RM1 Sepinggan
Ingat lagi, masa saya di zaman bujang .. harga sepinggan Kerang Rebus adalah RM1, begitu juga dengan Laksa dan Mee Kuah. Time tu, lagilah meriah kedai Pak Mat ni disebabkan ada anak-anak dara Pak Mat yang bantu berniaga. Fuhhh ... awal-awal lagi dah penuh ....Bukan sahaja Melayu yang datang makan, tetapi juga penduduk kaum Cina dan juga India.
Kedai Pak Mat Kerang pernah tampil dalam akhbar tempatan dan juga untuk siaran TV disebabkan Kerang Rebus cicah Kuah Kacang ini beberapa tahun dahulu.
[Baca] Syoknya Parit Buntar Ketika Ramadhan
Dek kerana itulah, ramai penduduk tempatan setuju - Kedai Pak Mat Kerang adalah gerai makan nombor 1 setiap kali datang Ramadhan. Begitulah rezeki Pak Mat sehingga sekarang, setelah lebih 10 tahun kekal bertahan berniaga Kerang Rebus pada setiap malam di bulan Ramadhan.
Dan saya menunggu pula jamuan hari raya yang saya pasti akan dibuat oleh Pak Mat sedikit masa lagi .. in Sha Allah.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.