Ramai juga yang baca artikel saya mengenai idea Hari Keluarga jadi meriah. Dalam artikel tersebut saya ada berikan sedikit idea untuk buat sukaneka mudah (outdoor game). Dan kali ini, saya nak cadangkan satu lagi idea untuk buat sukaneka.

Di rumah saya, ada banyak pensel warna. Ada yang panjang, ada yang pendek. Kebanyakkannya adalah pensel warna anak-anak saya sejak awal persekolahan yang sudah tidak digunakan secara rasmi untuk kegunaan di sekolah. Biasalah anak-anak, asal ada exam je .. nak kaler pensel baru, asal ada pertandingan mewarna nak kaler pensel baru ... jadi, tu yang boleh ada berpuluh batang pensel warna yang sudah tidak ada kotak simpan.

Kegunaan Lain Pensel Warna, Boleh Buat Sebagai Acara Sukaneka

Kegunaan Lain Pensel Warna, Boleh Buat Sukaneka
Baru-baru ni, anak-anak saya si Angah dan Maira ... dok main-main la dengan pensel-pensel warna ini. Ingatkan main conteng-conteng, rupanya mereka main susun-susun .. macam stik UNO. Wahhh ... saya tengok, terus saya fikir nak kongsikan kepada anda semua.

Apa yang dibuat oleh anak-anak saya ni, boleh dijadikan idea untuk buat sukaneka atau sebagai aktiviti keluarga indoor game. Paling best, ia boleh jadi permainan yang menarik dengan kos yang jimat sebab anda boleh gunakan batang pensel warna yang telah tidak digunakan.
Kegunaan Lain Pensel Warna, Boleh Buat Sukaneka
Kalau anda buat Hari Keluarga, boleh minta setiap keluarga donate atau bawa sekotak dua kaler pensel untuk jayakan indoor game atau sukaneka ini. Hanya guna batang pensel warna sahaja. Boleh cuba hadkan jumlah batang pensel warna yang digunakan.

[Baca] Rebut Rebut dan Penyek ...

Bagaimana Nak Main?

Cara nak main macam ni ...
  1. Peserta diminta untuk susun batang kaler pensel ikut masa ditetapkan.
  2. Pemenang ditentukan samada siapa yang paling banyak susun batang pensel warna, atau siapa yang paling tinggi susun batang pensel warna atau boleh kedua-duanya. Ini ikut masing-masing.

Dengan batang pensel warna juga anda boleh main teka teki susun atur yang selalunya kita lakukan menggunakan batang mancis... pernah tengok tak teka-teki batang mancis ni? Di bawah ni antara contoh teka-teki batang mancis, boleh uji minda anak-anak malah mak pak tengtang matematik ni ... huhuhu...
Kegunaan Lain Pensel Warna, Boleh Buat Sukaneka
Amacam? Menarik tak idea yang diberikan oleh anak-anak saya ni? Boleh cuba untuk digunapakai sebagai salah satu acara sukaneka di sekolah (indoor mahupun outdoor), atau sebagai sukaneka untuk Hari Keluarga.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul juga ye. Dulu kita guna mancis untuk main teka teki ni, sekarang boleh guna pensil warna menggantikan macis.

    BalasPadam
  2. cara yang kreatif dan cukup menarik untuk dicuba dalam permainan anak-anak

    BalasPadam
  3. Idea yang bernas dan menjimatkan.
    Tapi Mrs. A biasanya buang aje pensel warna yang anak-anak dah tak nak guna tu sebab bersepah-sepah.
    Lepas ni kena simpanlah sebab nak main susun-susun tu.

    BalasPadam
  4. Wah...bagus idea ni...boleh saya cuba nanti

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement