Sebenarnya, saya tak adalah kemaruk sangat nak makan Nasi Beriyani sebelum ni. Tetapi sejak isteri saya perkenalkan satu kedai ni yang terletak di bawah Darul Bekam, iaitu berhadapan masjid Al-Ridzuan, Parit Buntar ... saya jadi suka lak, malah kadangkala mengidam nak makan Nasi Beriyani Kambing yang ada dijual di situ.
Ngidam Nasi Beriyani Kambing
Ada dua jenis Nasi Beriyani yang dijual, iaitu Nasi Beriyani Kambing dan Nasi Beriyani Ayam. Ia dijual berhadapan restoran yang baru sahaja beroperasi di situ. Sebelum ni saya dah sedar akan kewujudan restoran ni, semasa datang berbekam di Darul Bekam; tetapi tak adalah niat nak mencuba masakan dan menu di restoran tu... tup tap .. dalam bulan Ramadhan ni, ada dijual Nasi Beriyani.- Nasi Beriyani Ayam - RM6 - Ada Ayam Masak Merah, Jelatah dan juga Papadom
- Nasi Beriyani Kambing - RM8 - Ada Rendang Kambing, Jelatah dan juga Papadom
- Nasi Ambeng - RM1
Lauk pun memang sesuai dengan portion Nasi Beriyani. Alhamdulillah, sebungkus memang boleh kenyang sampai ke tengah malam.
perghh sedapp ne..lama tak try
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.