Sakitke kena tindik telinga ni? Bagaimana kalau anak kecil atau budak yang kena buat benda ni? Kata kasarnya cuping kena tebuk, bahasa halusnya tindik. Orang perempuan memang tidak ada larangan untuk tebuk cuping telinga, atau mana-mana bahagian tubuh badan. Dalam Islam, tiada sebarang larangan pun melakukan perkara demikian, untuk kecantikan.

Daripada apa yang saya tahulah, hukum menindik atau melubangi cuping telinga samada bayi, kanak-kanak mahupun wanita adalah boleh dalam Islam. Alasannya tidak ada dalil baik dari Al Quran maupun hadis yang melarang menindik telinga ini.

Sakit Kena Tindik Telinga?

Sakit Ke Kena Anak Kena Tindik Telinga?

Hukum Bertindik Telinga Dalam Islam

Tambahan lagi, amalan ini memang ada di zaman Rasulullah S.A.W. Ada satu riwayat yang menceritakan sedikit sebanyak mengenai tindik telinga ini (walaupun tidak secara terus). Diriwayatkan bahawa setelah melaksanakan Solat hari raya, Rasulullah S.A.W dan sahabat baginda Bilal, berjalan seraya menyuruh para wanita untuk bersedekah. Maka banyak di antara mereka yang melemparkan anting-antingnya. Ini menunjukkan bahwa telinga mereka ditindik. Kalau tidak ditindik, macamana nak letakkan anting-anting? Ye tak? Ketika kejadian, Rasulullah S.A.W tidak sedikitpun marah atau melarang. Baginda hanya mendiamkan diri dan membenarkan perbuatan tersebut. Ini memberikan alasan bahawa bertindik dan memakai anting-anting bagi perempuan adalah tidak salah di sisi agama.

Dan sebab demikian, saya juga tidak melarang isteri saya yang memasang hasrat untuk menindik telinga anak perempuan saya yang berusia 6 tahun. Malah, sudah siap dibelinya anting-anting untuk anak dara saya yang sorang ni.
Sakit Ke Kena Anak Kena Tindik Telinga?

Sakit Sebenarnya Tindik Telinga Ni .. 

Alhamdulillah, anak saya dah selamat ditindik telinga tanpa ada sebarang masalah. Tak nangis pun. Isteri saya cukup seronok, teruja dan suka, mengalahkan anak saya yang menjadi 'mangsa'. Saya pun bertanyalah pada anak saya, Maira ... samada proses tindik telinga itu sakit atau tidak ..

"Nala .. sakit tak kena tebuk telinga?" tanya saya.
"Sakit ... tapi tak sakit sangat .." begitulah jawabnya ringkas.

Tapi, dari penceritaan isteri saya ... Maira siap mengigil badan ketika proses nak tebuk cuping telinganya. Walaupun disapu ubat bagi membuatkan cuping itu kebas dan bebas kuman, Maira bagai terasa pedih bila cuping telinganya ditindik.

Anak saya Zikri, anak kedua saya yang menjadi saksi kejadian mengesahkan bahawa Maira, sedikit ketar dan gigil badan ketika proses nak menebuk cuping telinga.
Tindik Telinga Pada Kanak-Kanak

Saya tak kesempatan untuk melihat .. al maklumlah bulan Ramadhan .. ekekek... mata sering rasa layu je. Jadi, saya biarkan emak anak beranak pergi 'berpoya-poya'. Lagipun, dah lama isteri saya tak keluar jenjalan dengan anak-anak disebabkan sibuk dengan pelajaran.

Sakit dan Takut

Jadi, kesimpulannya .. tindik telinga pada kanak-kanak memang sakit. Sakit yang bercampur dengan takut. Yelah, pengalaman baru. Pada kita yang dewasa ni, memang tak ada apa-apalah kot. Tapi untuk seorang budak berusia 6 tahun, ia mungkin pengalaman yang ngeri baginya. Itu sebab anak saya Maira terketar badan .. huhuhu.

Tips Panduan Untuk Tindik Telinga

Oh ya, sedikit tips dan panduan pada mereka yang nak tindik telinga. Apabila tindik telah dibuat, elakkan untuk keluarkan anting-anting sementara yang dikenakan. Bukan apa, takut nanti lubang pada cuping akan tertutup. Kalau nak buka pun, buka hanya seketika sahaja.

Jika bahagian yang ditebuk tersebut terdapat luka bernanah, sila dapatkan rawatan segera. Jangan dibiarkan kerana ia akan merosakkan struktur luar telinga. Kang tak pasal-pasal telinga sebelah lain, sebelah lain .. huhuhu.

Manakala, cuping telinga yang ditindik kalau tidak dipasang anting-anting dalam tempoh yang lama akan membuatkan lubang tertutup dan sukar nak memasukkan anting-anting.

Semoga bermanfaat.


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement