Siapa pernah makan Udang Lipan? Kalau cakap omputih atau dekat tanda harga shopping complex yang ada 'pasar basah' .. dia akan tulis Mantis Shrimp. Saya pernah siarkan satu video mengenai udang ni .. tentang bagaimana nak siang Udang Lipan, sebab memang ada yang tak tahu cara nak siang, dan cara nak makan Udang Lipan ni.

Kalau tanya saya, Udang Lipan ni sedap dibuat masakan apa .. saya akan kata .. uh goreng pun sodap .. cuma tak berapa nak puaslah makan, melainkan anda beli spesies Udang Lipan yang besar. Setakat yang saya tahu, spesies besar Udang Lipan hanya boleh didapati di Pulau Aman, Penang.

Sedapnya Udang Lipan Digoreng

Sedapnya Udang Lipan Digoreng
Saya pernah ke Pulau Aman, bermalam di sana untuk lepak di Chalet Terapung Kampung Nelayan. Sambil lepak, sambil memancing .. dapatlah ikan duri sebesar-besar lengan dan peha anak saya. Memang banyak ikan duri kat situ, kata orang macam memancing ikan Puyu .. baling-baling je dapat...huhu.. tapi malang, saya dan keluarga tak makan ikan ni.

Kat Mana Nak Cari Udang Lipan Besar dan Segar?

Udang Lipan di Pulau Aman boleh cecah sekilo hingga dua kilo seekor. Isteri saya pernah tanya pada nelayan di Pulau Aman, harga sekilo Udang Lipan segar yang mereka jual mencecah RM70-90 sekilogram. Beza jauh dengan Udang Lipan yang saya beli di pasar atau di Mydin, iaitu sekitar RM15-18 sekilogram.

Udang Lipan sedap digoreng. Ada yang kata ia juga sedap dibuat rencah dalam kuah laksa dan kuah mee. Setakat ini, di tempat saya .. yang ada jual menu makanan berasaskan Udang Lipan hanyalah di restoran mantan boss saya iaitu Restoran Man Udang Lipan .... tapi dah tutup bisnes .. huhuhu .. hanya buka time bulan puasa je, sebab waktu hari biasa lebih kepada servis katering yang semakin boom selepas Aznil Hj Nawawi dan Shahizey Sam dok promote Daging Masak Hitam di laman sosial masing-masing.

Saya diberitahu oleh isteri, masa dia kecik-kecik, Udang Lipan ni tak berapa nak laku .. berlambak 'dibuang' di jeti Sungai Besar, Selangor. Mungkin masa tu tak ramai yang tahu cara nak makan Udang Lipan ni.

Antara khasiat yang dipercayai jika makan Udang Lipan ialah ia baik untuk mereka yang ada penyakit Asma dan lelah. Sejauh mana kebenarannya, tidaklah diketahui secara tepat.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak pernah merasa. sebab takut tengok bentuknya seperti lipan. Geli..Huhu. Mungkin suatu hari nanti nak try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha .. oklah tu, kasik chance orang yang suka makan. Kang mahal lak rega dia sbb udang lipan ni susah nak dapat.

      Padam
  2. pernah makan..kat Sitiawan..mcam rubber band je..ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh.. isi dia lembut la .. mudah lerai .. camner leh rasa cam getah lak ni? Udang lain kot ..udang kara mungkin. Orang kaya2 cam hang, memang makan udang kara kan ???

      Padam
  3. Balasan
    1. Hmm tapi kalau perhati betul2 .. rupa dia lebih kepada Mentadak je. :P

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement