Video Ira Kazar Tampil Minta Maaf. Sejak dua menjak ni, nama Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, berusia 21 tahun telah menjadi sebutan ramai netizen dek kerana video panas tarian gelek yang menjadi viral di laman sosial. Bukan satu video, tetapi dua video tarian gelek Ira Kazar yang telah mendapat kritikan hebat dari netizen. Kedua-dua video dianggap sangatlah seksi, dan boleh diklasifikasi sebagai 18sx dan tidak sesuai ditonton secara umum.

Video tarian gelek Ira Kazar dikecam oleh sebilangan besar netizen kerana aksi yang menghairahkan, dan tidak sesuai dipertonton kepada umum. Apatah lagi di dalam budaya Malaysia yang beradab sopan. Apa yang dipersembahkan oleh Ira Kazar menerusi laman sosial Instagram itu kurang manis kerana memperlihatkan gerak geri yang menghairahkan, ini termasuklah video tarian geleknya yang dikatakan tanpa berseluar. Nak-nak lagi, Ira Kazar merupakan anak kepada pelakon yang dikenali ramai, iaitu Kazar Saisi.

Video Ira Kazar Tampil Minta Maaf Kerana Video Tarian Gelek

Video Ira Kazar Tampil Minta Maaf Kerana Tarian Gelek
Anak dara kepada pelakon, pelawak dan penyanyi Kazar Saisi ini walaubagaimanapun, telah tampil memohon maaf di atas keterlanjuran tersebut. Satu video pendek Ira Kazar memohon maaf telah dimuat-naik menerusi laman Instagram miliknya pada 18 Julai 2016. Manakala, video tarian gelek seksi lagi menghairahkan yang ditarikan oleh Ira Kazar telah pun dipadamkan.
Kazar mohon maaf atas video viral tarian gelek seksi anaknya Ira Kazar
Kazar Saisi di dalam satu kenyataan juga telah memohon maaf atas apa yang berlaku, dan bertindak untuk menutup akaun Instagram miliknya. Dan tindakannya itu telah mendapat tindak-balas para peminatnya yang rata-rata tidak mahu Kazar Saisi menutup laman sosial miliknya itu.

Video Ira Kazar Tampil Minta Maaf

Berikut adalah video Ira Kazar yang tampil memohon maaf atas viralnya video-video tarian geleknya yang mendapat kecaman ramai.

A video posted by IK (@irakaza) on


Saya adalah antara peminat Kazar Saisi. Setiap lakonan Kazar memang saya suka, nak-nak lagi lagu Kazar yang sentiasa menjadi bahan untuk saya berkaraoke. Lagu Tiap Waktu Terluang dan Memburu Impian adalah antara lagu pujaan ramai sekitar 80an. Agak bersimpati dengan apa yang menimpa Kazar, namun itulah antara pengajaran dan rencah kehidupan seorang bapa yang perlu berhadapan dengan perangai anak gadis.


Saya fikir ramai ibu bapa yang melalui kehidupan mencabar membesar dan mendidik anak perempuan. Anak perempuan memang lain macam sikit, nak-nak lagi yang sangat rapat dan manja dengan ayahnya. Silap langkah dalam didikan, boleh haru-biru dibuatnya.

Bukan Mudah Membesar, Mendidik dan Menjaga Anak Dara

Pernah dengar pepatah lama ini tak - 'Menjaga seorang anak perempuan lagi susah dari menjaga sekandang lembu'. Ia diibaratkan bagaimana sukarnya untuk membesarkan seorang anak perempuan yang perlu diberikan pendidikan terbaik, pengawasan yang ketat, selain menjaga dirinya sebagai seorang wanita dalam bab-bab berkaitan agama, kebersihan, adab dan sebagainya.

Ini satu kisah pengajaran untuk semua ibu bapa. Moga ia dijadikan iktibar buat semua. Apa yang berlaku telahpun berlaku. Ira Kazar dan Kazar sendiri telah pun memohon maaf. Mungkin hari ini berlaku pada Ira Kazar, dan ayahnya Kazar Saisi ... esok lusa .. silap-silap perkara lebih buruk pula berlaku pada diri kita atau kepada anak dara orang yang kita kenal rapat.

In Sha Allah, kita mohon agar anak-anak kita terutama anak perempuan kita dilindungi dari segala fitnah yang nampak dan yang tersembunyi.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Semoga kesilapan ini tidak berulang lagi. Memang kagum dengan Kazar atas keberaniannya mengakui kesilapan yang dilakukan anaknya.

    ReplyDelete
  2. bissalah... manusia x pernah nak diam. ada saja mencari kesalahan org. kalau x suka jgn tgk.

    ReplyDelete
  3. Tapi kalau dari perspektif strategi dan bisnes- ini adalah salah satu promosi. Dengan membuat video vieal sebegini, nama beliau akan disebut-sebut dan mungkin ada producer atau sapa-sapa yang teringin untuk mengambil beliau berlakon. Jika kena gaya lakonan dan jalan cerita- boleh Bom!.
    by the way cara beliau ni salah dari sisi agama dan akhlak kita sebagai seorang muslim.
    Sekian ulasan saya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement