Jika tiada aral melintang, model terbaru Proton Persona akan mula dibuka untuk tempahan bermula 15 Ogos 2016. Tempahan boleh dibuat di mana-mana showroom Proton di seluruh Malaysia. Malah, anda juga akan dapat tahu mengenai spesifikasi kereta Proton Persona 2016 ini yang dikatakan dipenuhi dengan cirian yang baru berbanding model lama.
12 Gambar Proton Persona 2016
Proton Persona 2016 bakal dilancarkan dengan empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Premium SE. Semua varian Proton Persona akan dilengkapi dengan enjin 1.6 liter VVT, yang sebelum ini digunakan oleh Proton Iriz tetapi dengan penambahbaikan tertentu, sesuai untuk sebuah kereta sedan.Antara ciri baru yang dikenalpasti untuk model Proton Persona 2016 ini ialah penjimatan dari segi penggunaan petrol, sistem brek yang lebih baik, Vehicle-Stability-Control (VSC), beg udara berkembar, dan lampu kabus belakang. Setiap varian ada ciri-ciri tambahan terutama dari segi bahagian deko dalaman.
Saya tak pandai nak cerita lebih-lebih, maka saya kongsikan gambar Proton Persona ini untuk penilaian dan buat jamu mata sebelum model ini dilancarkan secara rasmi. Nak tahu lebih lanjut, kenalah pergi lihat sendiri dan buat pandu-uji. Lain orang lain citarasa, lain cara pemanduan dan lain penilaiannya. Tak gitu?
mcm Vios pun ada tengok dari belakang tu..depan macam IRIZ..cambest je
ReplyDeletewahh!! cantiknya!! tapi tak boleh lawan design banner blog kat atas tu!! hebatlah!! sapa design sifu? hehehe..
ReplyDeletewww.ceritaejoy.com
Cantik header Bro HH..
ReplyDeleteDesign Proton Persona kali ni lebih mantap.Mungkin bakal menjadi persaingan pada Perodua Bezza.
cun jugak ni
ReplyDeleteCantik header baru bro HH. hehe..
ReplyDeletePersona baru ni lagi cantik dr Iriz.. Design nampak lebih elegan berbanding Bezza..
btw, mcmana nak buat "ARTIKEL TERBARU" yg kat tepi tu stick je bila kita slide ke bawah. huhu
Cantik kereta baru ni.
ReplyDeleteHarap lepas ni ramai orang kita yang akan suka dengan proton. Kereta dah makin cantik.
ReplyDeleteMemgancam design terbaru nih..suami pun macam suka je
ReplyDeletePedalaman persona kelihatan begitu hebat !! Dan ditambah dengan Proton X70
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.