Saya dan keluarga tiba lewat petang di Cameron Highlands, sekitar jam 5 petang setelah bertolak dari Penang pada jam 3 petang iaitu sebaik sahaja abis sholat Jumaat 29 Julai 2016. Isteri saya telah menempah penginapan selama 2 hari 1 malam di Hotel Snooze, Brinchang dan kemudiannya 2 hari 1 malam di Apartment Hotel Copthorne, Kea Farm. Jadinya, kami bercuti di Cameron Highlands adalah selama 3 hari 2 malam di dua buah hotel penginapan yang berbeza.
Semua tempahan hotel kami gunakan khidmat tempahan hotel online di Agoda. Alhamdulillah, kami mendapat harga sewa semalam yang berpatutan setelah membandingkannya di beberapa laman web lain termasuklah Trivago yang nyata harga diberikan sedikit mahal (pada kali ini).
4x4 Safari and ATV Cameron Adventurous - Tarikan Terbaru di Cameron Highlands
- Menaiki kenderaan 4x4 Safari, merentasi kawasan ladang teh yang luas di Cameronian Tea.
- Sewaan ATV Safari tunggang sendiri untuk jelajah kawasan ladang teh Cameronian Tea.
- ATV Extreme tunggang sendiri tetapi di laluan yang lebih mencabar di kawasan ladang teh Cameronian Tea.
Ramai juga pelancong asing dan tempatan yang dah cuba tarikan terbaru Cameron Highlands ini, termasuklah pelakon dan pengarah Rushdi Ramli.
Caj atau Bayaran Cameron Adventurous
Untuk rasai pengalaman menaiki kenderaan 4x4 Safari ini, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM10 seorang. Yang ATX tu, ia datang dengan pakej rasanya .. iaitu RM35 seorang.Mungkin di kesempatan lain. Apa yang kami sempat cuma bergambar sahaja .. ekekkeke...
Kawasan jelajah untuk Safari Cameron Highlands juga agak luas ... boleh refer pada peta di bawah ini.
Jadi, kalau anda ke Cameron Highlands, nak mencari satu pengalaman baru bolehlah cuba Cameron Adventurous ini. Manalah tahu, boleh dapat apa-apa parut untuk dikenang .. hehehe....
Jika nak info lebih lanjut, anda digalalakkan untuk Google .... in Sha Allah, anda akan jumpa. Atau boleh sahaja lihat laman web mereka di sini - http://cameronadventurous.com/
Selamat bercuti.
p.s: Nanti saya nak update dalam entri terbaru tips atau cara nak dapatkan sewa hotel murah di Cameron Highlands, menggunakan Agoda.
Best nih....kalau sape sukakan cabaran boleh la try... :D
BalasPadamPergi sana nanti boleh nak cuba juga. Macam best.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.