Mengenai rasa, ia ada rasa sedikit pahit dalam kemanisan dan kelemakannya. Ia mungkin kerana cara menanam pokok Durian Musang King yang menumpang pada pokok Durian Kampung yang memang terkenal dengan sedikit rasa pahit yang unik. Jadinya, rasa asal Durian Kampung ada pada Raja Kunyit ini.
5 Tips Mengenal Durian Musang King
Isteri saya tak berapa sukakan rasa durian yang ada pahit-pahit ni, berlainan dengan diri saya yang memang suka rasa durian seperti itu. Jadi, kalau beli Durian Kampung, saya memang akan makan banyak ... hoho. Anak perempuan saya yang bongsu adalah penggemar durian. Pernah sekali saya keluar mencari buah durian, dan paksa diri untuk beli durian yang berharga RM20 sekilogram.Durian Musang King bersaiz besar, dan isi buahnya memang tebal .. jadi harga jualan biasa untuk Durian Musang King selalunya dari RM25-30 sekilogram. Jadi tidak hairanlah sebiji buah Durian Musang King boleh cecah ratusan ringgit.
Bagaimana Nak Kenal Durian Musang King? Ikuti 5 Tips Ini ..
Sekarang mari saya kongsikan tips untuk kenal buah Durian Musang King ini. Apa ciri uniknya yang boleh membantu kita, sebagai penggemar durian supaya tidak tersalah beli atau ditipu oleh peniaga yang tamak.Sumber: Pendidikan Pemasaran FAMA
durian musang king, terbaaaaikk...:D
BalasPadamsaya ada beli durian dekat melaka..rasanya durian tembaga kot. sekilo RM30. adoi! bila tengok sifu post harga maosang king di antara 25-30, rasa macam murah pulak..hehehe..apa pun durian ni memang terbaik!! hehe.
BalasPadamwww.ceritaejoy.com
Saya suka durian yang takda rasa pahit tu...
BalasPadammusang king...ibu bapanya hanya dari kampung..tp anak terkenal di luar negara dan begitu mahal hantarannya hehe
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.