Abang Buffet Steamboat and Grill, Tanah Rata, Cameron Highlands. Saya diberitahu oleh isteri bahawa tempat makan ni sedang viral di media sosial disebabkan oleh suasana tempat makan seolah berada di dalam taman. Jadi, kami ambil keputusan untuk mencuba, dan merasai pengalaman unik tersebut, apatah lagi memang dari awal dah plan nak makan malam steamboat di Cameron Highlands.
Abang Buffet Steamboat dan Grill di Cameron Highlands
Anda boleh lihat hotel bajet ini di Agoda .. manalah tahu kot-kot kena dengan citarasa dan bajet anda. Boleh klik pautan ini yang akan bawa anda terus ke Hotel Snooze. Hotel Snooze ni bersebelahan dengan KFC Brinchang .. agak-agak malas nak makan jauh-jauh, turun hotel .. jalan kaki sikit, boleh masuk KFC jamu selera .. hoho...
Ok, berbalik pada kisah Abang Buffet Steamboat and Grill.
Terpaksa Memandu Dari Brinchang ke Tanah Rata, Lokasi Abang Buffet Steamboat dan Grill
Agak jauh juga sebenarnya kami nak pergi makan malam. Jarak dari Brinchang ke Tanah Rata adalah lebih kurang 5-7 km... dekat kalau ikut ukuran, tapi nak memandu dari Brinchang ke Tanah Rata memalam ni ... uhh ... rasa macam jauhhh je.Lokasi tempat makan tak susah pun nak cari. Hanya masuk ke simpang sebelum stesen bas, atau simpang besar ke hospital ... dan belok ke kanan simpang pertama anda nampak ..... anda akan nampak Hotel Cool Point, Tanah Rata .. dan di hujung parking hotel ini terletaknya tempat makan yang saya maksudkan.
Parking banyak, jadi tiada masalah. Malah, anda boleh parking sebelah kompleks stesen bas/parking bertingkat dan kemudian melalui satu jambatan menyeberang ke Abang Buffet Steamboat and Grill... atau Cool Point Hotel.
Tempat duduk/makan memang banyak. Seperti disapa, dan ditanya .. ada dua jenis tempat duduk disediakan .. iaitu untuk bersila, dan untuk yang lebih senang duduk di kerusi. Kerusi pun ada beberapa jenis .. ada kerusi biasa tak bersandar, dan ada kerusi panjang yang boleh bersandar. Anda pilih mana yang sesuai dan selesa.
Siap ada rama-rama berterbangan lagi ... uhh tak tido rupanya...
Semuanya disediakan secara buffet, jadi anda boleh ambil dan tambah sesuka hati .. asalkan jangan membazir.
Dua Jenis Kuah, Tapi ...
Untuk kuah steamboat, anda hanya boleh pilih salah satu samada sup atau tomyam. Saya dan keluarga lebih prefer tomyam tetapi kami fikir baik cuba dua-dua .. jadi, round pertama kami ambil sup ... setelah habis sup, kami minta untuk diberikan kuah tomyam pula.Harga?
Apa yang disediakan oleh Abang Buffet Steamboat and Grill Cameron Highlands, adalah lebih kurang sama dengan tempat makan steamboat yang pernah kami pergi iaitu di Lumut. Cuma beza adalah dari segi harga sahaja, dan kepelbagaian menu yang ada.[Baca] Layan Steamboat Lumut, Puas Hati Harga RM22.50 SekepalaUntuk jamu selera di Abang Buffet Steamboat and Grill, anda perlu bayar RM25 untuk satu kepala. Dan separuh harga untuk kanak-kanak. Tetapi, jangan terkejut .. apabila tiba nak bayar .. anda bayar harga yang berlainan dengan apa yang tercatat di bil awal yang ada diberikan. Sebab apa? Saya pun tak tahu ... huhuhu..
Orait .. itu sahaja saya nak cerita mengenai tempat makan ni. Secara amnya, saya boleh kata .. okaylah .. lagipun mana nak dapat tempat makan steamboat dan panggang yang diusahakan oleh orang Melayu ye tak .. lagi-lagi ada awek cun dan abang sado yang melayan anda .. hoho ...
Di Brinchang .. fuh penuh restoran steamboat ini .. ada yang guna arang la .. ada yang makanan laut segarlah .. dan macam-macam style... dan sambutannya ... wahh hebat bangat.
Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak berikan info untuk anda cari makan di Cameron Highlands. Ada banyak tempat makan best di Cameron Highlands ni tapi tak ter explore lagi.
Boleh tahan juga harga dia. Dah macam makan tempat steamboat 'berjenama'..
BalasPadamMurah.. Shabu-Shabu Di Ipoh pun RM30++ satu kepala. Kena try ni.
BalasPadamsedap nampak stamboat ni... harga pun sangat murah...
BalasPadambestnya ada steamboat. kalau pergi Cameron Highlands jarang explore sana. kena singgah juga nanti :D
BalasPadamByr harga yg berlainan? Lagi murah ke lagi mahal ye? Sbba de bace rm 35/pax
BalasPadamMurah jika habiskan makanan dan tidak membazir. Skrang ni kalau ada lebihan makanan .. kena caj lebih.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.