Selain majlis perpisahan guru, ada juga majlis lain .. iaitu majlis penyampaian hadiah untuk murid-murid tahun enam yang berjaya mendapat 6A dalam peperiksaan percubaan UPSR. Alhamdulillah, anak saya salah seorang daripada murid cemerlang tersebut.
Anak saya, memang dah seronok la, gembira sebab dapat penghargaan. Tak ramai yang berjaya dapat 6A dalam percubaan UPSR kali ini .. jadi masing-masing sudah dipangku tanggungjawab berat supaya di peperiksaan sebenar UPSR akan dapat keputusan yang turut cemerlang.
Anak Saya Jadi Mangsa Buli Murid Perempuan?
Uhh saya dengar cerita pun cam sadis je. Alahai, kenapakah?
Satu Kelas Beg Kena Campak oleh Murid Perempuan
Bukan beg sekolah anak saya seorang je kena campak, tapi hampir satu kelas dan kebanyakkannya adalah beg murid lelaki. Beg murid perempuan? Ni yang pelik ni ... yang tukang campak beg sekolah dari tingkat empat tu adalah murid-murid perempuan yang satu kelas dengan anak saya. Bukan seorang .. bukan dua orang, tetapi dilaporkan ada seramai enam orang murid perempuan kelas anak saya yang melakukan aktiviti yang tidak ada alasan sempurna ini.Tak tahu sebab. Saya tanya anak saya .. dia pun tak tahu nak cakap apa. Punca berlakunya kejadian masih lagi satu misteri dan tidak terjawab. Malah menurut anak saya, murid-murid tersebut didapati ada yang tidak ke sekolah dan tidak hadir ke kelas tuisyen anjuran sekolah .. murid-murid pilihan khas tuuu.
Beg anak saya terkoyak .. tetapi alhamdulillah, buku dan barang yang ada dalam beg tak alami sebarang 'kecederaan'.
Kata anak saya, ada kawan-kawan yang beg mereka elok je .. tak ada apa-apa, tetapi perkakasan dan alat tulis yang disimpan dalam beg banyak yang rosak. Uhh kasihan ni.
Kami Terkejut Tapi Tak Marah
Isteri saya yang mula dapat tahu perkara ini memang terkejut. Terkejut dalam keadaan yang kurang percaya, dan bukan dalam keadaan marah. Saya sendiri pun tak ada rasa nak marah atas apa yang berlaku. Beg terkoyak ... hmm boleh dijahit dan diganti... in Sha Allah, bukan satu masalah besar. Anak saya pun rileks je .. huhuhu...Kenapakah?
Jadi persoalan, kenapa murid-murid perempuan tersebut sanggup angkat beg rakan kelas yang lain dan campak terjun tiruk tanpa sebarang jaring dari tingkat empat? Beg anak saya tu .. masya Allah .. berat macam letak batu bata .. saya nak angkat sebelah tangan pun ketar gak la jugak. Uhh sungguh nekad murid-murid perempuan tu ...Mungkinkah mereka ini tension dan hadapi tekanan sehingga sanggup lakukan perkara yang tidak boleh diterima akal ini? Walhal mereka sedar apa yang mereka buat (buang beg sekolah) .. lagipun mereka bukan kena histeria pun... atau dalam keadaan meracau-racau.
Saya difahamkan ramai guru dan juga banyak sekolah yang berusaha keras untuk memastikan sekolah mereka berjaya dalam pencapaian UPSR. Dengarnya perlu dapatkan target khas supaya dapat peruntukan tertentu dan kekalkan taraf sekolah ... huhuhu.
Harapnya anak-anak murid perempuan itu bukan mangsa keadaan .. dalam keghairahan pihak guru dan sekolah untuk kekal atau naikkan status sekolah dalam pencapaian UPSR. Kasihan andai itu jadi penyebabnya... tak pasal anak saya ni nampak seperti jadi mangsa buli murid perempuan .. hahahaha...
saya bukan nak cakap apalah, tapi saya memang frust juga kenapa silibus sek rendah dibuat terlalu advance berbanding usia mereka.
ReplyDeleteinilah menyebabkan banyak masalah:
1. anak2 kurang bermain. bila kurang bermain, depa kurang imaginasi dan kurang kreativiti. efeknya nanti bila mereka dewasa.
2. guru2 dan sekolah berlumba2 nak jadi terbaik sebab kementerian buat macam2 inisiatif untuk sekolah ni ghairah bersaing. dapat duit puluh2 ribu siapa taknak kan. jadinya memang dah kurang didikan, tapi lebihkan kepada capai KPI dan habiskan silibus
3. kanak2 akan kurang didikan..
sedihla saya.
rasanya mereka tension kut..mungkin mereka tak dapat target yang ditetapkan..kena pula, anak sifu salah seorang yang dapat 6A..itu yang mereka tertekan tu..jeles mungkin..mana tahu..kan?
ReplyDeletewww.ceritaejoy.com
salam singgah.
ReplyDeletetq atas perkongsian yang menarik.
Budak sekolah dah tak takut tindakan sekolah. ..itulah yg kamu mahu selama ini, hapuskan kuasa merotan di tangan cikgu. Aku dah lama nampak dilema ini...akhir nya separuh dr jumlah pelajar berjiwa haiwan.
ReplyDeleteHmm tapi ada kes yang murid sekolah rendah kena tampar kat muka tau ...
DeleteDan kat sekolah anak saya, ada murid perempuan yang kena tolak kepala sebab dapat B dalam BM ...
..
Saya tak pasti mengenai kuasa merotan tu dihapuskan. Ada je cikgu yang merotan di sekolah. Kuku panjang pun kena rotan kat tapak tangan sbb tak jaga kebersihan.
Deleteanak-anak sepatunya diajar dan didik tentang akhlak supaya mereka menjafi insan yang berguna
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.