Buat mereka yang tidak peka ..huhuhu... tahukah anda selama ini simpanan di dalam KWSP dilaburkan dan diuruskan tidak menepati konsep syariah? Yelah, sebab dalam KWSP ada banyak pencarum, dan syarikat yang daftar untuk mencarum juga dari pelbagai jenis bisnes dan perniagaan. Jadi, sedia maklumlah akan sumber-sumber caruman ini yang sekarang sedang diniagakan dan diuruskan oleh KWSP tanpa ada pembahagian.
Bagaimana Tukar Simpanan KWSP Konsep Syariah?
Apakah Simpanan Syariah KWSP?
Apakah Simpanan Syariah? Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah. Kepada pencarum yang telah beralih ke konsep ini, semua wang simpanan dalam KWSP akan diuruskan berdasarkan akad wakallah.Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP. Dan semua pelaburan akan dipantau oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP (JKPS) supaya ia benar tepati konsep kewangan Islam.
Memandangkan simpanan dan pelaburan konsep Syariah adalah merupakan pilihan, jadi pihak KWSP memerlukan pencarum dan ahli untuk melakukan pendaftaran. Apabila pilihan telah dibuat ke konsep Syariah, adalah tidak dibenarkan untuk menukar ke konsep asal iaitu konventional.
[post_ads]
Pendaftaran KWSP Syariah Dibuka Sepanjang Tahun
Pendaftaran telah mula dibuka sejak 8 Ogos 2016 dan terus dibuka sepanjang tahun.Tak berapa nak faham konsep simpanan dan pelaburan KWSP yang baru ini? Boleh tonton video di bawah ini untuk lebih pemahaman.
Alhamdulillah, pada 9 Ogos 2016 .. saya telah pergi ke pejabat KWSP berhampiran untuk tukarkan simpanan dan pelaburan KWSP saya ke konsep syariah. Saya mengambil masa hanya 15 minit untuk segala urusan saya selesai, dari proses mengambil nombor hinggalah ke pendaftaran di kaunter.
Bagaimana nak tukar simpanan KWSP ke konsep Simpanan Syariah?
- Anda hanya perlu ke mana-mana pejabat atau cawangan KWSP berhampiran.
- Sila bawa kad pengenalan anda (warganegara) atau passport (warga asing/bukan warganegara). Pastikan ibu jari anda tidak kudung, atau dalam keadaan baik.
- Anda akan diminta untuk scan dan turunkan cap jari sebagai pengesahan identiti dan pengesahan penerimaan penukaran konsep simpanan.
- Pengesahan pendaftaran penukaran simpanan KWSP Syariah akan dimaklumkan menerusi SMS. In Sha Allah, dalam masa sehari akan terima pengesahan ini di telefon bimbit. Jika lulus, simpanan dan pelaburan anda dalam KWSP akan dimulakan dengan konsep Syariah bermula pada 1 Januari 2017. Jika anda tidak terima, anda mungkin dalam senarai menunggu kerana kehabisan dana pelaburan.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua, terutama mereka yang masih kurang pasti cara nak tukarkan simpanan KWSP ke konsep syariah.
[Dah Baca?] Kadar Dividen KWSP 2017
Penukaran perlu didaftar dan dilakukan di kaunter KWSP, dan tidak boleh secara online. Ia adalah kerana ia melibatkan akad penerimaan, yang memerlukan anda melakukan pengesahan di depan orang yang daftarkan anda. Dan sedikit penerangan perlu dilakukan kepada anda untuk anda faham mengenai konsep pelaburan syariah ini sebelum anda setuju.
[post_ads_2]
Kongsikan kepada orang lain jika perlu. Oh ya, satu lagi ... ia terbuka kepada semua orang, dan bukan tertakluk hanya kepada pencarum dan penyimpan beragama Islam sahaja. Jadi, anda perlu daftar segera kerana konsep siapa cepat dia dapat digunapakai oleh KWSP sebab kekangan dana pelaburan.
thanks utk makluman
BalasPadamTerima kasih info ini bro HH.
BalasPadamBagi yang belum tukar dan ada rasa nak tukar lebiah baik buat cepat sebelum tamat tempohnya.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.