Awal-awal guna servis ini memang tak berapa nampak kesan negatifnya. Lagipun ianya berlaku tanpa disedari. Walaupun FB telah berulang-kali update fungsi security untuk para penggunanya, namun masih ada yang gagal untuk kemaskini sehingga banyak aspek keselamatan ketat yang ada di dalam Facebook tidak diambil-endah.
Bahaya Guna AutoLike dan AutoAdd Group Facebook
Maka, apabila ada pengguna yang tetiba akaun FBnya diambil-alih oleh orang lain, gelabah tak tahu nak buat macamana. Nak tak nak, terpaksalah wujudkan akaun FB yang baru. Namun, sukacita nak maklumkan bahawa apa yang berlaku pada Hafiz Mansor, iaitu pengasas CoolHijab yang tetiba kehilangan akaun FBnya baru-baru ini adalah bukan disebabkan beliau kaki guna AutoLike di FB .. walaupun anda nampak statusnya sering mendapat ribuan like setiap kali dimuat-naik.Orait ... berikut adalah beberapa kejadian yang telah dilaporkan oleh rakan saya di FB, dan saya telah buat semakan menerusi bahagian log aktiviti di Facebook ... huhuhu...
Nah .. ini lagi ..
Pada awal tahun dahulu, saya ada gunakan fungsi AutoLike dan pernah join satu group ni yang perlukan saya untuk gunakan fungsi AutoAdd ahli dalam group FB. Untuk gunakan fungsi tersebut, saya terpaksa beri kebenaran kepada aplikasi dalam FB itu sendiri yang uruskan untuk 'jadi' diri saya atau dengan kata lain 'act on behalf' di Facebook.
Guna Token Akses FB Benarkan Penggunaan Profile FB Anda
Kemudian, saya diberikan token untuk membolehkan saya dapat like pada status-status di FB selain membolehkan saya AutoAdd seberapa ramai rakan dalam friendlist FB saya ke dalam group tertentu. Memang terbuktilah saya dapat banyak like untuk status di FB, malah saya juga dapat masukkan ramai rakan dalam satu-satu group tu sehingga admin benarkan saya untuk share post blog dan iklankan produk.Tu berlaku awal tahun ...
Setelah beberapa lama .. nah, saya pula jadi bahan dimasukkan ke dalam group yang saya tak tahu sebelum ni wujud, malah saya lihat di ruangan log aktiviti ... banyak status, gambar, serta link yang telah saya Like tanpa saya ketahui pun ...
Yang takutnya ialah, orang lain .. kawan-kawan dalam Facebook akan nampak apa yang saya buat. Bayangkan apa yang mereka sangka apabila nampak saya Like satu-satu status dimuat-naik oleh seorang lelaki gay ataupun seorang model playboy yang kongsikan gambar tanpa baju di Facebook. Walhal, saya tanpa tahu pun ianya berlaku (jika tak buka log aktiviti).
Perkara ini mungkin berlaku pada anda jika tidak berhati-hati. Saya dah kongsikan bahaya AutoLike dan AutoAdd group FB ni ... moga jangan sampai jadi mangsa seperti saya.
Penyelesaiannya ialah, anda segera tukar password atau kata laluan untuk login ke FB; kemudian review balik security yang disediakan oleh Facebook. Facebook akan minta anda untuk lihat setting keselamatan, dan pastikan anda ikuti cadangan yang diberikan.
Untuk lebih selamat, gunakan Trend Micro Internet Security 10 yang menampilkan fungsi semakan sekuriti akaun-akaun sosial yang dipunyai oleh anda. Dari situ, anda akan ada lebih perlindungan dari segi data peribadi dari terkena serangan hacker yang juga menggunakan laman sosial untuk bertindak.
Ouch!! ngerinya.
BalasPadamMujur setakat ini Mrs. A tak pernah guna servis macam tu.
Terima kasih HH kongsi security tips
Hmm ... saya terkena sorang tak mengapa, jgn orang lain ikut jejak salah saya sudahlah.
PadamSaya yang tak pakai autofollowers pon kena block dengan IG. Alahai...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.