Nak ke anda sapu cat rumah anda dengan gunakan berus cat dari bulu khinzir ni... walaupun harga berus tu boleh jimat kos anda mengecat rumah baru?
Berhati-Hatilah Bila Nak Cat Rumah. Jangan Guna Berus Babi Sudahlah
Isu ni dah lama ada. Malah, masa saya kecil-kecil dulu pun pernah timbul isu berus berbulu babi ni. Saya ingat lagi, mak saya pernah suruh saya tengok berus warna untuk belajar mewarna kaler air .... kena pilih cap tertentu. Saya tak ingat dah cap apa, tapi ada sesetengah cap atau brand yang memang gunakan bulu babi ni, terutama jenama dari China.Baru-baru ni, rakan internet marketer saya, saudara Syamsuriyadi ada kongsikan beberapa gambar mengenai berus cat rumah yang halal dan non-halal ni. Saya nak tunjukkan kepada anda ... berus cat yang tidak halal .. moga anda tengok gambar di bawah, anda boleh ingat ...
Di bawah ini pula adalah berus cat yang halal, selalunya ada tempek sticker beritahu bahawa bulu atau berus cat dibuat daripada apa.
Kedai Hardware Patut Asingkan Produk Halal dan Non-Halal
Untung rakan saya ni, sebab dia pergi ke kedai hardware yang bertanggungjawab mengasingkan berus cat yang tidak halal dengan berus cat yang halal. Ia memudahkan pengguna, terutama sekali yang beragama Islam. Penjual memang tahu ... jadi, kalau anda tidak pasti berus cat itu dibuat daripada apa, tanyalah pada penjual atau tauke kedai hardware tu, in Sha Allah .. dia akan beritahu.Salah satu ciri berus cat yang menggunakan berus cat dari sumber bulu babi ni ialah ia dijual dengan harga yang murah, selain menggunakan tangkai atau pemegang kayu. Salah satu cara lain ialah dengan melihat pada berus cat itu sendiri, kalau hujungnya bercabang halus, maka ia berasal dari bulu babi. Dan daripada seorang sahabat saya, dia kata .. kalau berus cat dari bulu babi, dia akan sebut Pure Bristle, dan kebanyakkan berwarna putih.
Cara Nak Kenal Berus Daripada Sumber Babi
Saya sertakan contoh untuk membezakan bulu babi ni untuk pengetahuan anda semua. Lihat pada nombor 10, tu ciri bulu babi .. huhuhu.Ini bukan hanya untuk berus mengecat rumah sahaja. Berus sapuan untuk buat kek, berus cat air anak-anak, berus pengilap kasut, berus pemerah pipi atau blusher dan apa sahaja yang ada berus (tidak termasuk berus sabut dan berus jamban) ... anda perlu berhati-hati memilih.
Jika tak dapat jawapan dengan melihat label, tanyalah pula pada tauke kedai. Nak selamat, beli sahaja berus jenis nylon, jenis bukan dari bulu haiwan.
p.s: Isteri saya (pagi) tegur satu kedai runcit ni supaya asingkan rak makanan halal dengan tidak halal walaupun ia makanan tin.
Baru terfikir bagaimana pula jika kita beli rumah baru developer tu ntah guna berus apa pun kita tak tahu.
ReplyDeleteItulah pasal. Tapi selalunya mereka akan guna yang golek. Golek tu tak guna berus .. guna kain rasanya.
Deletekena berhati2 lepas ni nak pilh berus la
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.