Ia merupakan platform pengiklanan yang tidak ada konflik dengan mana-mana syarikat atau platform pengiklanan yang lain. Jika anda sudah mendaftar dengan Nuffnang, dan letakkan iklan ini di blog; anda masih boleh daftar percuma untuk mendapatkan akaun Adsense dan letakkan kod iklan Adsense bersama iklan Nuffnang tanpa ada sebarang masalah. Ia tak akan jejaskan status Glitterati anda (setakat pengetahuan saya).
Cara Buat Duit Dengan Adsense Menerusi YouTube
Selain meletakkan Adsense di dalam blog anda, ada cara lain untuk buat duit dengan Adsense ini .. iaitu menerusi video. Apa yang perlu anda buat ialah upload video anda ke YouTube, dan mula jana income setiap kali orang menonton video anda. Andai video anda cukup menarik, kemungkinan anda akan terima income dari Adsense berkali-kali ganda lebih daripada apa yang dapat dijana menerusi blog.Cuba lihat statement Adsense saya ini (income ciput je) ... anda ada nampak tak bahawa saya ada earnings dari YouTube tu ... hoho. Jadi, memang boleh buat duit dengan Adsense menerusi YouTube. Alaaa .. kalau anda buka YouTube, anda akan nampak iklan Adsense merata dalam tu .. kat dalam video lah, sebelum video bermula lah .. kat bahagian atas, tepi .. kanan .. uh merata .. Adsense memang popular di YouTube.
Saya dah banyak berikan tips dan panduan mengenai Adsense di dalam blog ini, tetapi masih ramai lagi yang blur untuk mengetahui cara buat duit dengan Adsense ini, terutama untuk mereka yang tidak ada laman web atau blog sendiri. Maka, jika anda tidak ada laman web atau blog, anda sebenarnya masih boleh menjana income dengan Adsense dengan menggunakan laman YouTube.
Tak Lepas Adsense di Blog, Boleh Gunakan Cara Ini Pula ...
Satu lagi saya nak beritahu .. jika anda pernah apply untuk Adsense bagi blog tetapi tak lepas atau tak approved, anda masih boleh mencuba untuk apply Adsense menggunkan YouTube. Banyak rakan blogger yang tak berjaya mendapat kelulusan Adsense untuk blog yang telah berjaya mendapat kelulusan Adsense untuk video. Kerana apa? Sebab video ni agak kurang ketat sikit syaratnya ... tak macam Adsense di blog yang ada pelbagai karenah.Jadi, kali ini saya tak mahu dah tulis tips, tapi saya mahu anda mendapatkan satu panduan yang telah disediakan oleh anda oleh dua orang yang saya kenal di dalam dunia internet marketing Malaysia iaitu Gobala Krishnan dan juga Wazein Azizan.
Gobala Krishnan merupakan IM yang telah banyak bantu blogger Malaysia seperti saya menjana income online menerusi platform affliate Jomniaga - Ashadee. Manakala Wazein Azizan terkenal dengan kursus online membantu usahawan dropship menerusi Shopievo.
Serius Nak Tahu Bagaimana Jana Income Adsense Menerusi Video YouTube?
Jika anda benar-benar serius nak tahu, dan jika sebelum ini anda gagal nak dapatkan kelulusan Adsense untuk blog anda, maka panduan yang akan mereka berikan ini mungkin akan dapat membantu anda merasai betapa bestnya buat duit online dengan Adsense ... kali ini menerusi laman video popular YouTube.Akses sekarang dan mula ketahui rahsia dan teknik sebenar untuk jana income dengan video di YouTube.
[Daftar Sini ] Daftar Duit VideoPanduan ini khas untuk mereka yang nak belajar dan mendapat ilmu berkaitan Adsense, terutama bagaimana nak jana income sehingga USD100 - USD200 setiap bulan (21hb - 23hb) menerusi video yang diletakkan di laman YouTube (dan juga di blog anda).
Jika anda tak baca panduan ini, anda takkan tahu. Malah, anda akan selamanya rasa tertanya-tanya bagaimana orang lain boleh dapat buka akaun Adsense dengan mudah, boleh dapat income USD100-200 setiap minggu, setiap bulan .. dengan hanya satu platform buat duit online iaitu Adsense.
Dan paling best, Adsense kini membayar anda terus ke akaun bank anda. Tidak perlu lagi menunggu cek atau mengeluarkan income di Western Union. Cukup bulan je, anda akan terima penyata income yang anda peroleh, selain makluman menerusi email yang pendapatan Adsense sudah dikreditkan ke dalam akaun bank.