Pihak TNB telahpun memaklumkan bahawa mereka sudahpun menaik-taraf sistem bil elektrik online TNB, dan kerana ini, menjadikan nombor akaun berbeza dengan nombor akaun lama bil elektrik yang dicetak dan diberikan kepada pengguna. Nombor akaun baru yang tertera pada bil elektrik terkini adalah nombor akaun bil elektrik yang sudah dimasukkan ke dalam sistem bil online terbaru TNB.
Cara Daftar Akaun TNB Secara Online
Untuk pendaftaran akaun TNB secara online, sila ikuti langkah berikut:
- Pergi ke laman web myTNB online - https://www.mytnb.com.my/User/RegistrationLanding
- Klik pada bahagian pendaftaran dan anda akan dibawa ke laman berikut:
- Isi dengan betul butiran yang diminta. Pastikan anda memasukkan alamat email yang sah dan betul, kerana selepas ini anda mungkin akan menerima bil menerusi email. Anda perlu tahu, ada 3 cara pihak TNB menyediakan bil elektrik kepada anda, iaitu menerusi bacaan meter elektrik, menerusi semakan bil terdahulu, dan juga bacaan meter sendiri oleh pengguna.
Menerusi sistem ini, agak mudah untuk anda pantau penggunaan tenaga elektrik sebelum dan semasa. Anda juga boleh terus bayar bil elektrik TNB secara online menerusi sistem baru TNB ini.
Kalau ikutkan sistem sekarang, bil yang sampai mungkin tidak sampai betul-betul ke tangan pengguna. Ada yang basah kena hujan, terkoyak, hilang dan sebagainya. Ia juga untuk elakkan pengguna dari terkena denda kerana terlupa membayar bil elektrik TNB, selain memastikan bahawa pengguna akan lebih bertanggungjawab.
Setelah selesai pendaftaran, anda akan diminta untuk sahkan menerusi email yang dihantar oleh myTNB. Kemudian anda akan diminta untuk login ke akaun TNB online anda untuk buat semakan.
Video Cara Daftar Akaun TNB Secara Online
Jika anda tidak berapa jelas mengenai cara nak daftar akaun TNB secara online ini, boleh tonton video yang disediakan di bawah ini:Semoga blog post atau artikel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. In Sha Allah.
terima kasih...sangat membantu
ReplyDeleteMacam mana kalau rumah tuu rumah atuk nenek, and mereka sudah meninggal dunia? mana nak cari i/c mereka?
ReplyDeleteBawa sijil kematian ke mana-mana pusat TNB, potong dn mohon yang baru atas nama anda.
Deletesaya dah register. tetapi tak boleh check bil. boleh bantu saya
ReplyDeleteDah semak samada nombor akaun/bil elektrik anda betul tak?
Deletekena lihat pada kertas bil ..
Boleh ke saya nak apply no akaun baru untuk syarikat tanpa penama asal menutup akaun sedia ada
ReplyDeleteBoleh tak saya register no akaun baru di kawasan berdekatan tempat tinggal saya (P.Jaya) untuk syarikat yang berada di kawasan / area Kuala Lumpur
terima kasih krn membantu
Akaun baru kena potong penama asal, kena beritahu pihak TNB.
DeleteDaftar akaun baru boleh, asalkan tahu nombor kontrak bil.
kenapa tidak dapat view akaun nmbr?
ReplyDeleteKena daftarkan akaun dulu dalam profile tu
Deletemacam mana cara untuk dapatkan bil melalui email?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.