Antara model kereta Nissan yang terlibat dengan Recall Campaign ini termasuklah model Serena S-Hybrid, X-Trail, NV200, Navara, Grand Livina, Latio, X-Gear, Teana dan juga Liberty. Manakala model kereta Toyota yang terlibat dengan kempen Panggilan Semula (Recall Campaign) ini ialah model Toyota Prius, RAV4, dan beberapa model lain berdasarkan tahun keluarannya. Semua model yang dinyatakan untuk keluaran dan model kereta dinyatakan adalah untuk pasaran Malaysia.
Cara Semak Samada Kereta Nissan atau Toyota Anda Terbabit Recall Campaign
Sebagai house husband dan salah seorang pemilik kenderaan jenama disebutkan, saya terpanggil untuk berkongsi info tentang bagaimana nak semak samada kenderaan Nissan serta Toyota yang dimiliki terlibat dengan kempen ini. Secara umumnya, mana-mana pemilik kenderaan model Nissan dan Toyota yang terbabit dengan Recall Campaign akan dipanggil menerusi surat, SMS, email dan juga telefon.Walaubagaimanapun, sebagai pemilik kenderaan jenama dan model disebutkan, anda sebenarnya boleh membuat semakan sendiri dan mengetahui samada kenderaan milik anda terbabit dengan kempen ini.
Semakan Untuk Kenderaan Nissan
- Sila ke laman berikut - http://servicecampaign.nissan.com.my/
- Anda akan melihat notis yang dikeluarkan oleh pihak Nissan mengenai kenderaan yang terbabit untuk kempen ini.
- Masukkan nombor VIN atau dikenali juga sebagai nombor chasis kenderaan anda ke dalam ruangan yang disediakan. Jangan lupa untuk pilih model kereta Nissan anda.
- Masukkan Captcha untuk keselamatan, dan tekan butang Submit.
- Sekiranya kenderaan anda terbabit dengan kempen ini, paparan meminta anda memasukkan butiran seperti dipaparkan di atas akan keluar. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Tunggu pihak Nissan Service Centre (TCEAS) hubungi anda untuk temujanji.
Semakan Untuk Kenderaan Toyota
- Sila ke laman berikut - https://toyota.com.my/aftersales-services/special-service-campaigns
- Masukan nombor VIN atau nombor chasis kenderaan Toyota anda, seperti ditunjukkan di atas.
- Satu paparan memaklumkan mengenai status kenderaan anda akan dikeluarkan, seperti apa yang saya tunjukkan di bawah ini.
Cara Lain Untuk Buat Semakan
Cara lain untuk semak samada kenderaan Nissan atau Toyota anda terbabit dengan Recall Campaign ini adalah dengan menghubungi mana-mana pusat servis Nissan dan Toyota atau telefon nombor tertera di bawah ini:Nissan Toll-Free: Toll-Free line: 1800-88-3838
Toyota Free-Phone: 1800-8-TOYOTA (869862)
Semoga manfaat.
boleh lah semak nanti... kereta second pun termasuk juga ke?
ReplyDeleteRasanya termasuk juga.
Deleteinfo berguna, tapi saya tak payah semak sebab belum mampu pakai kereta yang macam tu huhu
ReplyDeleteIn Sha Allah ... rezeki Allah ni kita tak tahu. Kereta ni sekadar 'tunggangan' sahaja
DeleteYang sangat klasik. Tetapi saya masih lebih suka Nissan Almera Malaysia , mungkin ia lebih moden.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.