Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital
1- Dr Syed Ahmad Murthada
Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym. Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa, tidak merokok, kacak dan berpenampilan menarik.
Sumber gambar - Instagram murtadhaalsagoff
2. Dr. Say Shazril
Sumber Gambar - Instagram say_shazril
3. Dr Sheikh Muszaphar Shukor
"Cita-cita nak jadi apa?" .... "Kami nak jadi macam doktor Muzapar" ....
4. Dr. Che Hafiz
Dr Che Hafiz yang berasal dari Kelantan ini dulu merupakan model sambilan dan kini merupakan tunang kepada penyanyi Lufya Omar. Mesti cair para gadis-gadis di luar sana melihat senyuman manis beliau. Saya harap doktor kacak Malaysia ini cepat-cepat mengakhiri zaman bujang... al maklumlah, kacak .. dikenali .. banyak dugaannya sebagai seorang lelaki yang single ni. Ehemmm bertunang belum tentu berkahwin ehh .. weeee ...
Sumber Gambar - Instagram chehafiz007
5. Dr. Al-Hafiq
Sumber Gambar - Instagram afiqvolaris
6. Dr. Afiq Anuar
Sumber Gambar - Instagram afiqxyz
Amacam? Kacak tak semua doktor-doktor Malaysia ni? Ada ramai lagi doktor kacak di Malaysia ni, yang boleh membuatkan ramai wanita akan teruja untuk buat check-up ke hospital. Tetapi awas, ada batasan antara doktor lelaki dengan pesakit wanita.
Kalau boleh, jika anda seorang wanita yang perlu melakukan pemeriksaan terutama yang melibatkan bahagian-bahagian sensitif, eloklah dapatkan khidmat dari doktor wanita .. ada je doktor wanita di Malaysia ni, malah mereka pun ramai yang lawa-lawa dan cantik-cantik .. kalau itulah yang dicari untuk menerima rawatan doktor terbaik .. hoho...
Dan nasihat saya, apabila buat pemeriksaan di hospital, tak kiralah doktor lelaki kacak ke, doktor wanita ... pastikan ada orang lain, samada jururawat, pasangan, rakan, ibu atau bapa yang turut menemani.
kacak2 camni segan ciktie nak p jumpa ehh
BalasPadamdoktor hensem sado betul.. hehe
BalasPadamamboi..semuanya sado2 lah..tapi kalau sakit, tetap sakit juga, tak hilangnya sakit tu kalau tengok doktor handsome/cantik ni..hahaha
BalasPadamwww.ceritaejoy.com
Sepanjang saya sakit sejak kecil, boleh dikatakan setiap kali admitted, akan dijaga atau dipantau oleh doctr2 kacak.. Paling kacak yang saya ingat sewaktu keluar dari icu, dengan condition masih belum stabil, saya dipantau oleh doctr lelaki muda yg kacak.. tapi kacak2 doctr takde masa nak melting ke, nak terpikat ke.. tgh2 sakit melayan sakit je haha^^
BalasPadam*saya notice ramai doctr lelaki sado2..
Sepanjang saya sakit sejak kecil, boleh dikatakan setiap kali admitted, akan dijaga atau dipantau oleh doctr2 kacak.. Paling kacak yang saya ingat sewaktu keluar dari icu, dengan condition masih belum stabil, saya dipantau oleh doctr lelaki muda yg kacak.. tapi kacak2 doctr takde masa nak melting ke, nak terpikat ke.. tgh2 sakit melayan sakit je haha^^
BalasPadam*saya notice ramai doctr lelaki sado2..
Ramai yang pergi jumpa dengan mereka ni nanti.
BalasPadamHahaha. Ni awek2 yang ngegeh je
BalasPadamfirst and number 5 tu still student lagi.. but 'doctor to be' the exact term
BalasPadamTerima encik atas pencerahan tersebut ... saya amat menghargainya.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.